Friday, August 21, 2015

SELF-POTRAIT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungna NABI MUHAMMAD S.A.W.


Dua ekor kancil yang terletak di kedua-dua bahu aku ni, bukan ditugaskan untuk menulis amal kebaikan dan keburukan. Itu maskot Sukan Malaysia Melaka 2010!

*****
Hehehe.. Sesekali nak juga berangan jadi seperti Uncle Gedek yang kerjanya hari-hari ialah membuat posting self-potraitSebenarnya aku sangat berminat dengan blog Uncle Gedek. Aku harap suatu hari nanti nak buat satu lagi blog seperti itu.

Saja aku masam mencuka sebab nak tiru gaya Uncle Gedek. Tapi aku tahu, Uncle Gedek jauh lebih handsome daripada aku.

Harap Uncle Gedek tak saman blog aku ni pasal meniru gaya blognya. Kalau nak saman juga, terpulanglah. Kita jumpa di mahkamah saja. :)


Thursday, August 20, 2015

FORMULA MATEMATIK YANG RAMAI TIDAK TAHU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Sebenarnya aku tertanya-tanya juga, bagaimanalah orang mencipta formula matematik. Bagaimana agaknya dia boleh terfikir untuk membuat suatu formula bagi mendapatkan satu jawapan. Eh! Tak terfikir dek akal aku. 

Dalam duduk berfikir tu, aku mencuba membuat satu formula (konon-konon) bagi menunjukkan satu pernyataan. Maka dengan itu, terjadilah formula (seakan-akan) seperti ini.


Agak-agak ada sesiapa memahami apa yang hendak aku sampaikan melalui formula di atas? Kalau ada yang tahu sebelum aku memberi jawapannya, dia memang power giler!!

Formula ini aku cipta hasil dari pengalaman aku sendiri dan aku puas kaji dan mengkaji untuk mengukuhkan formula aku ini. Kini, tibalah masanya dengan rasminya aku melancarkan formula ini untuk tatapan orang ramai.

Formula ini sebenarnya memang baik. Jawapan dan pelaksanaan dari formula ini berfungsi merehatkan tubuh dan minda bagi seseorang individu. Tetapi formula ini perlu ditepati dengan betul, sekiranya tidak, ia akan mengakibatkan sesuatu yang buruk berlaku!

Pastinya ada yang tak sabar untuk mengetahui apakah jawapan bagi formula ni kan? Jadi tanpa melengah masa lagi, aku akan bongkarkan sekarang...

* Kita mulakan dengan 1pm. Ini sangat senang! Ia bermaksud 'pukul 1 tengah hari'

* 1zb pula adalah singkatan kepada huruf 'Z'. 1zb di sini bermaksud 'ada (1) satu huruf  z (b) besar'

* Manakala 2zk bermaksud 'ada (2) dua huruf z (k) kecil

* Apabila 1zb ditambahkan dengan 2zk maka terhasillah "Zzz"

* Jawapan yang sebenar hampir diperolehi dengan kita mendapat klunya iaitu 1 tengah hari = Zzz

* Jadi, jawapan bagi formula di atas adalah "TIDUR"

Tidur!!! Ye tidur.. Bukankah kalau kita tidur sebentar pada waktu rehat tengah hari kita akan menjadi segar semula selepas bangun tidur. Badan pun menjadi cergas untuk memulakan kembali tugasan. Malah sel-sel otak pun terus berhubung dan apabila sel-sel otak tersebut berhubung maka terhasillah formula yang aku buat ini. 

Jadi, memang ternyatalah TIDUR adalah jawapan bagi formula 1pm = 1zb + 2zk. Sekian terima kasih. Harap-harap ramai antara kita yang akan menggunakan formula ini. Sesiapa yang memang dah biasa guna formula ini, kita memang geng.

*****

Ini entri merapu, jangan ambil serius sangat!

Wednesday, August 19, 2015

SILA LIHAT TEMPAT DUDUK BELAKANG KERETA ANDA SETELAH ANDA PARKIR!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Pernah tak kita membaca surat khabar atau terlihat berita di kaca televisyen tentang kanak-kanak mati lemas di dalam kenderaan kerana ibu atau bapanya terlupa bahawa anaknya di dalam kenderaan tersebut? Pasti pernah dengar kan..

Penyakit 'lupa' ni memang sukar untuk diatasi. Akibat dari lupa ini, anak yang menjadi mangsa. 

Memang tidak dinafikan, kadang-kadang kita sendiri terlupa bahawa kita sedang membawa anak-anak di dalam kereta kita. Aku katakan ini kerana aku sendiri yang telah melaluinya. 

Pernah sekali, seperti biasa, setiap pagi aku akan hantar anak ke tempat penjaganya. Pada masa tu, aku rasa macam sedang memandu sendirian saja. Padahal masa tu, anak aku sedang tidur lena di tempat duduk belakang kereta. Tiba-tiba aku menoleh ke belakang dan lihat anak aku sedang tidur, lalu aku beristighfar beberapa kali. "astaghfirullahalazim..., anak aku ada di belakang rupanya.."

Perhatikan, apa yang ada di belakang kereta anda! Gambar sekadar hiasan

Berlaku lagi kejadian seperti itu pagi tadi semasa aku nak hantar anak ke tempat penjaganya. Entah apa yang aku fikirkan, aku tak masuk ke simpang lampu isyarat rumah penjaga anak aku. Aku terus sahaja. Dalam beberapa ketika, baru aku terperasan yang aku tak masuk ke simpang tersebut. Aku tersedar dan beristighfar beberapa kali lalu terus pusing kembali ke arah rumah penjaga anak aku. Kalaulah tak perasan, sampai ke pejabatlah jawabnya aku membawa anak aku yang sedang tidur lena tu.

Jadi, pesanan aku di sini, silalah perhati-perhatikan anak yang berada di belakang kereta anda. Pastikan juga semasa parkir kereta, anda perhatikan apa yang ada di tempat duduk belakang kereta anda. Dikhuatiri nanti, anda tidak perasan bahawa anak anda sedang tidur lalu anda bakal meninggalkan dia sendirian di dalam kereta. 

Sama-samalah kita mengingat-ingati antara satu sama lain. Semoga kita dihindari dari apa-apa malang yang sememangnya tidak berbau.