Thursday, January 8, 2015

SEKOLAH DARJAH SATU


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Menulis entri ini membuatkan aku sedikit sebak. Teringat kisah-kisah lalu. Benarlah hidup ini umpama roda. Ia berputar. Kalau dahulu, abah yang menghantar aku ke sekolah, kini tiba masanya pula aku menghantar anak aku ke sekolah.

Dulu, tiada kereta. Abah hantar dengan menaiki motorsikal Honda kapcai. Sekiranya hujan, dengan plastik abah bungkus aku, untuk mengelakkan dari terkena hujan. Besar penuh pengobanan abah. Namun, anak aku kini agak bernasib baik, pergi ke sekolah dihantar dengan kereta. 

Pejam celik, pejam celik, anak sulong aku Muhammad Fahim sudahpun berusia 7 tahun dan memasuki alam persekolahan. Tiada apa yang aku harapkan, cuma dia menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara.

Aku agak bernasib baik kerana dia minat nak pergi sekolah. Hari tu sudah pergi hari orientasi, nampak dia tak kekok. Mungkin sebab sudah terbiasa dengan sekolah tadikanya dahulu selama 3 tahun.







Wednesday, January 7, 2015

BUATLAH KERJA, KURANGKAN BERCAKAP


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.


Kurangkanlah bercakap dan lakukan kerja dengan penuh amanah dan bertanggungjawab. Bercakap perkara yang benar tidak salah, tetapi sekiranya bercakap perkara yang bukan-bukan, kebiasaannya lebih banyak tipu, tokok tambah dari yang benarnya.

Di dunia fana ini, kita boleh bercakap apa sahaja yang kita suka, tetapi di akhirat kelak, mulut akan terkunci, anggota-anggota lain pula akan bercakap tentang pembohongan-pembohongan, kata-kata keji dan nista yang pernah kita tuturkan di dunia.

Sebenarnya, tidak susah manapun sekiranya hendak menjaga pertuturan kita. Pokok panggal, hati perlulah suci. Sama-sama muhasabah diri kita sendiri. Wallahuaklam.

Selamat beramal.

Tuesday, December 30, 2014

DOING RIGHT


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Tiada apa yang hendak dikongsikan sangat, cuma mahu mengongsikan sesuatu yang agak sukar kita lakukan iaitu berbuat sesuatu yang baik walaupun tiada siapa yang mengetahuinya kecuali ALLAH.

Kita kita sering menunjukan kebaikan yang kita telah lakukan dan menempelkan di Facebook untuk tatapan orang ramai. Mungkin, ianya antara kita sedar ataupun tidak. Wallahuaklam.