Thursday, November 29, 2012

BUSUK-BUSUK HARIMAU MALAYA ORANG KITA JUGA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Siapa yang menonton perlawanan bola sepak antara Harimau Malaya dan Laos malam tadi di kaca televisyen pasti akan perasan seorang brader memegang sepanduk (banner) yang bertulis :


Walaupun nadanya nampak seperti gurauan yang sinis, tetapi masih ada kerelevanan dan kebenarannya. 

Kekalahan Harimau Malaya dengan Singapura di perlawanan pertama tempoh hari memberikan tamparan hebat buat skuad Datuk K. Rajagopal. Ramai pengkritik yang profesional dan tidak profesional menyuarakan perasaan ketidakpuasan di atas kekalahan tersebut. Rata-rata ramai yang menyalahkan Datuk K. Rajagopal kerana gagal melatih dan membuat pemilihan pemain yang terbaik.

Bukan sahaja rakyat biasa yang bersuara, akhbar-akhbar tempatan juga menyiarkan perkara yang sama. Masing-masing menyalahkan Datuk K. Rajagopal kerana didakwa kerap menggunakan 'eksperimen' ke atas pemain. 

Harimau Menguap Mengaum
Sumber : Google Image

Nah! Kini pujian melambung tinggi pula dihamburkan setelah Harimau Malaya berjaya menumpaskan Laos dengan jaringan 4 - 1, satu jumlah jaringan yang boleh dianggap besar. Alhamdulillah, Harimau Malaya terus menghidupkan perjuangan untuk ke separuh akhir.

Sebenarnya, kita memang boleh mengkritik, tetapi seeloknya kritik dengan kata-kata membina bukannya dengan kata-kata kesat, cacian dan makian. Yang kita duk mencaci maki itu ialah manusia juga seperti kita, tidak lari dalam melakukan kesilapan. 

Kasihan saya lihat wajah-wajah mereka yang bermain, nampak mereka telah berusaha dengan keras, namun apabila kalah, itu pun sebenarnya bukan yang mereka mahukan. Janganlah dicaci maki mereka lagi. Mungkin kita tidak pernah dicaci dan dimaki, oleh itu kita tidak mengetahui perasaannya. Justeru, silalah jaga sensitiviti orang lain. 

Kalau begini standard bola sepak negara kita, kita terima sahajalah, kita tidak boleh samakan bola sepak negara kita seperti Brazil, Italy, Portugal, Sepanyol atau mana-mana negara lain yang hebat. Memang agak jauh kita terkebelakang. Bukan kita sahaja, negara-negara di Asia Tenggara sendiri tidak mampu menyaingi negara-negara tersebut. Namun apa yang penting, kita sudah berusaha sedaya upaya.

Kita kenalah terima adat dalam perlawanan bola sepak, ada menang, ada kalah dan ada seri. Kalau menang, kita bergembiralah, tetapi bila kalah, kita harus terus memberikan sokongan dan dorongan untuk meniupkan kembali semangat mereka. Sekali lagi saya berpesan, jangan dicaci maki mereka.

Sebenarnya skuad Harimau Malaya sekarang penuh dengan tekanan, tekanan bermain di gelanggang sendiri, tekanan untuk mengekalkan kejuaran Piala Suzuki AFF dan tekanan dengan cacian, makian dan kritikan yang menghentam mereka. Justeru, kita perlu hentikan semua ini, biarlah mereka bermain dengan tenang serta kita mohonlah doa agar mereka akan berjaya mengekalkan kejuaraan. 

Hidup Harimau Malaya!!!

#respect

(Ps : Ingatan pada diri sendiri juga)

Wednesday, November 28, 2012

GELAS MILO 30 SEN???


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Rutin saya setiap hari macam biasa, membuka Mudah[dot]My dan mencari barangan Milo yang lain dari yang lain yang harganya berpatutan ataupun yang mampu saya beli.

Baru-baru ini saya 'berjaya' membeli sebiji gelas Milo lama, mungkin berusia sekitar tahun 1980-an (belum buat 'research' lagi). Apa yang menariknya, gelas Milo yang saya beli ini bersekali dengan kotaknya yang asal dan kelihatan begitu cantik sekali.

Harga yang ditawarkan agak tinggilah juga bagi hanya sebiji gelas tapi saya cuba membuat tawar-menawar. Walaupun proses tawar-menawar tidak berjaya, saya tetap membeli gelas Milo ini kerana ia agak unik bagi diri saya.

Jomlah kita layan saja gambar koleksi Milo terbaru saya ni.

Gelas Milo + kotak

Gelasnya nampak biasa saja

Gambar-gambar di luaran kotak

Nampak macam klasik sedikit.. :)

Tambah 30 sen saja untuk dapatkan gelas ini...

Monday, November 26, 2012

DUNIA BLOG : TOP 10 NEGARA PELAWAT KE BLOG


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Sesekali terlihat statistik negara pelawat yang berkunjung ke blog ini (fairusmamat.blogspot.com), tertanya-tanya pula di dalam hati, bagi yang bukan berasal dari Malaysia atau rantau kepulauan Melayu (Nusantara) apakah yang mereka carikan di dalam blog ini.
 
Erm.. Lantaklah apa yang mereka carikan, janji blog ini tidak sepi dari terus dikunjungi. Saya ada dua lagi blog iaitu Aku Budak Milo dan I'm Not A Photographer, namun keduanya seperti 'mati' sahaja.
 
Apa-apapun lihat saja statistik Top 10 negara pelawat yang bertandang ke blog ini.
 
1. MALAYSIA (Sudah pastilah kerana saya duduk di Malaysia dan entri juga ditulis dalam Bahasa Malaysia)
 
2. AMERIKA SYARIKAT (Sedikit 'confius', kenapa tidak Indonesia atau Singapura di tempat kedua)
 
3. INDONESIA (Sahabat serantau Kepulauan Melayu)
 
4. SINGAPURA (Sahabat juga ni, dekat saja di Selatan tanah air)
 
5. TAIWAN (Opps.. Apa pasal pelawat dari Taiwan dapat Top 5?)
 
6. BRUNEI (Teman-teman yang memahami Bahasa Malaysia, tak hairanlah mereka berada di Top 10)
 
7. BELGIUM (Kenapa Belgium?)
 
8. GREAT BRITAIN (Mungkin pasal ramai orang Malaysia belajar atau tinggal di Britain)
 
9. CHINA (Negara yang ramai penduduk, tetapi tak juga ramai yang datang ke blog ni)
 
10. AUSTRALIA (Ermm... Kenapa erk?)
 
Blog anda bagaimana pula pelawatnya? Cuba kongsi-kongsikan.....