Friday, July 1, 2011

TAK KUSYUK KERANA TELEFON BIMBIT

Masjid adalah tempat masyarakat Islam menunaikan solat dan pelbagai aktiviti keagamaan. Masjid juga kini dijadikan tempat mengakad nikah bagi pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga. Begitu juga pada hari Jumaat, masjid menjadi pusat tumpuan ramai kerana ingin mendirikan solat Jumaat dan yang pastinya hari Jumaatlah masjid dapat menerima pengunjung yang ramai setiap minggu.

Dalam menghadirkan diri untuk menunaikan solat Jumaat, kita hendaklah peka dan tidak lupa untuk memastikan kita memadamkan telefon bimbit atau menukarnya kepada mod senyap. Ini adalah kerana ia akan menganggu jemaah lain. Sekiranya telefon tersebut berbunyi pada waktu khutbah, ia boleh dimaafkan lagi, tetapi sekiranya ia berbunyi semasa jemaah sedang bersolat, bukankah ia menganggu jemaah lain untuk bersolat. Mungkin juga sesetengah jemaah tidak dapat kekusyukan dalam mendirikan solat dek kerana gangguan bunyi nada telefon bimbit.



Ada masjid di mana bilalnya yang akan mengingatkan makmumnya untuk mematikan telefon bimbit sebelum solat Jumaat, tetapi ada juga yang tidak berbuat demikian. Jadinya, kita sendiri mahu ingat dan tidak lupa untuk mematikan telefon bimbit semasa masuk ke dalam masjid. Bukan apa, takut kita terpaksa menanggung dosa kepada makmum yang tak kusyuk melakukan solat kerana gangguan nada dering telefon bimbit.

Sama-samalah kita saling ingat mengingati kerana perkara ini terlalu kerap berlaku. Bukan sekali sekala saja. Kalau kita ke masjid untuk menunaikan solat, boleh kata setiap minggu ada gangguan bunyi nada dering telefon bimbit. Kalau deringnya biasa-biasa tidak mengapa, kena pula nada dering lagu yang kita suka. Memang tak kusyuklah jawabnya.

Oleh itu, saya menyeru pada diri sendiri dan semua pembaca agar sentiasa ingat dan peka. Kalau nak pergi masjid untuk tunaikan solat Jumaat atau apa-apa solat sekalipun, matikanlah telefon bimbit anda terlebih dahulu. Anda mampu mengubahnya.




NASIHAT NABI MUHAMMAD KEPADA PENGIKUTNYA SELEPAS PERISTIWA ISRA' DAN MI'RAJ DAN PENGAJARANNYA



LIMA NASIHAT NABI MUHAMMAD S.A.W. SETELAH BAGINDA MENGALAMI PERISTIWA ISRA' DAN MI'RAJ :

1) Cintailah Allah. 

2) Berusaha untuk mengejar / menuju ke syurga. 

3) Jangan bergantung kepada dunia sahaja.

4) Berbaik-baik sesama manusia dan jangan putus harapan kepada Allah S.W.T. 

5) Bangun malam untuk beribadat. 

PENGAJARAN DARI PERISTIWA ISRA' DAN MI'RAJ :

1) Menunjukan kekuasaan Allah S.W.T

2) Menunjukan keagongan Nabi Muhammad S.A.W 

3) Menguji keimanan manusia

4) Menguji pemikiran manusia 

Sekian, wallahuaklam.

KISAH DI SEBALIK PERLAWANAN BOLA SEPAK MALAYSIA VS TAIWAN

Terlebih dahulu ucapan jutaan tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya menundukan pasukan Taiwan pada perlawanan pertama pra-kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Bukit Jalil malam tadi. Pada perlawanan ini Malaysia telah menang dengan jaringan 2 berbalas 1.

Dalam perlawanan ini, dilihat semua pemain Malaysia telah bermain bersungguh-sungguh sehinggakan berjaya menumpaskan Taiwan. Walau kemenangan telah tecipta untuk Malaysia, tetapi bagai ada yang tak kena saja perlawanan malam tadi.

Apa yang tak kenanya? Sebenarnya permainan semua okay, semangat semua okay, cumanya pasukan Malaysia kurang keghairahan. Kalau tak percaya lihat saja riaksi-riaksi barisan pemain dan pemain-pemain simpanan Malaysia selepas pengadil meniupkan wisel tamat permainan. Mereka dilihat macam kecewa, tak bersemangat, tiada keghairahan dan tiada motivasi yang sebenarnya mereka ini telah menang. Tapi kita tunjukan kita ni seakan sedang kalah.

Come on lah players... Yang kita sedang kecapi sekarang, raikanlah. Perlawanan seterusnya tu janganlah difikirkan dulu. Kita sedang menang. Tunjukkanlah yang kita sedang menang. Ni tidak, semua pemain seperti dapat merasakan mereka bakal melalui jalan yang sukar apabila di Taiwan nanti.

Masa di Taiwan nanti, buatlah bermainlah bersungguh-sungguh. Beri Malaysia menang lagi. Naikkan nama Malaysia, tingkatkan keghairahan bermain bola sepak. Sekarang, sekarang punya cerita, akan datang, lain pula cerita. Jadi, tunjukkan keghairahan kemenagan yang kita kecapi. Come on players... Malaysia Boleh.