Thursday, May 12, 2011

SUMPAH! AKU BUKAN PEROGOL

Ada ke orang kata aku perogol? Sebenarnya ada. Tapi hanya nama Fairus, tapi bukan aku tau?? Sebenarnya siapa Fairus di perogol tu? Aku pun tak tahu. Yang aku aku, ada orang cari entry "Fairusz ke rogol"

Ada ke cerita-cerita hangat sekarang yang mengaitkan nama "Fairus" dalam kejadian merogol? Ataupun ada orang yang mahu mengaitkan orang yang bernama "Fairus" itu adalah perogol? Erm.. Tak tahulah. Yang aku tahu ada orang mencari maklumat ini dengan menaip kata kekunci ini.


Harap-harap tiada orang bernama Fairus seorang perogol.. Buat malu nama aku saja.. :)




LUKISAN BUDAK BERUSIA 3 TAHUN

Hehe.. "Budak" yang aku nyatakan ni ialah anak aku le... Namanya Muhammad Fahim. Malam tadi dia tidur awal, lepas tu dalam pukul 11 malam dia bangun pulak. Puas suruh tidur, dia tak mau tidur. Akhirnya aku sediakan kertas lukisan, berus lukisan dan warna poster untuk dia melukis.

Nak tau apa yang dia lukis?

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v






Tuesday, May 10, 2011

JEREBU MELANDA MELAKA

Dari pagi tadi aku perhatikan, kenapa macam berasap saja kat luar ofis aku ni. Rupa-rupanya jerebu sedang melanda negeri Melaka. Patutlah dari tadi asap tak hilang-hilang. Baru rehat tadi duk melayari Facebook, dan ternampak pulak gambar yang diambil oleh Encik Kamal (juru kamera tempat aku kerja) perihal jerebu yang sedang berlaku di Melaka.




Kalau jerebu-jerebu macam ni memang tak baik untuk kesihatan. Lagi-lagi buat mereka yang mengidap asma atau semput. Oleh itu, kalau takde benda yang penting yang hendak dilakukan, lebih elok duduk sahaja di dalam rumah atau dalam ofis. Kalau nak keluar juga eloklah gunakan penutup muka.

Tak tahulah apa puncanya berlaku jerebu ni. Ada pihak yang mengatakan ada berlaku pembakaran di Kalimantan. Tak tahulah, wallahuaklam. Tapi kalau nak diikutkan yang lepas-lepas, memang itulah puncanya. Kalau macam tu, orang-orang di Malaysia ni juga janganlah suka-suka buat pembakaran terbuka. Sudahlah sekarang musim panas. Kalau hujan, bolehlah kurangkan sedikit jerebu ni.

Negeri lain macamana? Kena jerebu juga tak?