Wednesday, January 24, 2024
Wednesday, January 17, 2024
Monday, January 15, 2024
Tidak Semua Meminati Siti Nurhaliza
Sebab masih ramai lagi yang lebih meminati P. Ramlee, Ella, Ziana Zain, Jamal Abdillah mahu pun Awie.
Gambar sekadar hiasan |
Tidak semua minat nak jadi doktor, jurutera atau peguam. Sebab ada juga yang minat untuk menjadi mekanik, tukang kayu profesional dan juga ahli perniagaan.
Begitu jugalah dengan anak-anak kita terutamanya yang baru mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) . Bukan semua boleh lulus cemerlang, kerana IQ masing-masing adalah berbeza dan ini akan terdapat keputusan yang kurang cemerlang.
Akan tetapi, itu bukan bermakna mereka GAGAL atau BODOH. Mereka sekadar tidak cemerlang dalam akademik, tapi pastinya ada bidang-bidang lain yang boleh membuatkan mereka cemerlang.
Sebagai ibu bapa, kita tidak boleh hanya memberi lebih sokongan kepada anak yang cemerlang (banyak A) tetapi kita juga harus memberikan sokongan serta lebih galakkan untuk anak yang kurang mendapat A. Ini kerana kehidupan mereka tidak terhenti selepas mendapat keputusan SPM. Perjalanan mereka masih jauh dan pelbagai kejutan yang kita sendiri tidak percaya ia boleh berlaku.
Sekiranya tidak berjaya memohon ke universiti, masih boleh menggalakkan anak memohon jurusan teknikal seperti di politeknik, kolej komuniti atau mana-mana pusat pembelajaran berkaitan teknikal. Zaman sekarang, jurusan teknikal antara bidang yang mempunyai ruang pekerjaan yang banyak dan mudah mendapat pekerjaan berbanding bidang lain.
Justeru, sama-samalah para ibu bapa memberi sokongan dan dokongan kepada anak tidak kira sama ada mereka cemerlang atau sebaliknya.
Apa yang lebih penting kejayaan yang harus kita dambakan ialah kejayaan di akhirat kelak. Pupuklah anak untuk mengenali Allah dan Islam.
Subscribe to:
Posts (Atom)