Friday, April 28, 2023

Mael XPDC Meninggal Dunia


Innalillah wainna ilaihi rojiun. 

Tanggal 27 April 2023, Khamis malam Jumaat merupakan hembusan nafas terakhir Mael XPDC atau nama sebenarnya Syed Ismail Syed Ibrahim. Beliau meninggal dunia di Hospital Muar kira-kira pada jam 9.30 malam. Dikhabarkan beliau mengalami penyakit asma yang kronik. 

Aku antara peminat Mael dan XPDC yang mengikuti lagu-lagu mereka berentak metal sejak di bangku sekolah lagi. Masih segar sehingga kini lagu-lagu Mael dan XPDC yang tiada galang gantinya. Masih teringat suatu ketika dahulu, belajar bermain gitar juga dengan lagu-lagu XPDC. 

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. 

Al-Fatihah 

*****

Aku dan Sesuatu 

Ditelan pahit 
hendak ku buang terasa sayang
engkau bermadu 
hendak ku minum engkau beracun. 

Kau bisa hingga punah ranah
dan mati akan diriku 
kau kebumikanlah aku di sini.... 




Tuesday, April 25, 2023

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Yang Terlewat



Dikesempatan ini, saya Fairus bin Haji Mamat, blogger tersohor tanah air ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ini. Maaf juga atas kelewatan ucapan ini kerana aku dah malas nak menulis blog. Haha.. 

Nak mengedit poster pun dah malas. Entah tak tahulah kenapa. Aku suka mengambil gambar, tapi sejak kebelakangan ini, jarang sudah aku mengambil gambar. Dulu, rajin juga ambil gambar dan muat naik ke Facebook, tapi kini sudah jarang sangat. 

Namun, kalian doa-doakanlah agar aku kembali aktif berblog. Kalau tak, buat rugi sahaja aku membayar domain ni tiap-tiap tahun. Haha. Insyaallah, ini cuma sebentar sahaja. Sebab aku kini agak sibuk dengan tugasan di pejabat dan di rumah. Mana taknya, masa bulan puasa hari tu sibuk membantu isteri membuat kuih raya untuk dijual. Alhamdulillah, sambutan yang menggalakkan.