Wednesday, December 7, 2022
Tuesday, December 6, 2022
Kembali ke Tanah Seberang
Apabila tiba hujung minggu, aku suka untuk berkemas-kemas di belakang rumah, menyapu daun-daun kering yang berguguran, mencantas dahan-dahan yang menjalar tak tentu hala, membaja pokok dan sebagainya. Itulah cara aku mengeluarkan peluh. Tidak seperti dahulu. Suka bersukan, jogging, bermain bola sepak dan segala macam jenis sukan. Kini, nak dibuat semua itu, sudah tidak larat. Berbasikal santai-santai masih bolehlah juga.
Usai berkebun sekangkang kera di belakang rumah, aku mencapai telefon bimbit yang aku charge sambil melayari YouTube yang memainkan lagu-lagu irama rock kapak. Satu persatu pesanan melalui aplikasi Whatsapp aku baca. Dalam aku scroll pesanan, aku terhenti di satu pesanan dari salah seorang bos di jabatan aku.
"Standby passport, nanti pergi Jakarta". Huh, masaklah. Baru lagi balik dari Sarawak tempoh hari, ni nak ke seberang pula. Apa lagi ayat yang aku mahu susun baik-baik untuk memberitahu isteriku. Takkan nak buat seperti tips sebegini lagi. Haha...
Sebenarnya, aku dah maklumkan pun pada "mem" besar. Macam biasalah, dah muncung macam hari tu juga. Aduhai. Payah betullah. Sudahpun 2 kali aku maklumkan, tapi tetap dingin je tindak balas daripadanya. Tapi takpe, nanti-nanti oklah tu. 😅😅😅
Passport telah dalam proses renew. Sudah tamat tempoh Ogos 2022 lalu. Oh ya, untuk apa aku ke Jakarta? Bolehlah kalian jengok di entri INI.
Sunday, December 4, 2022
Kek Lapis Warisan Sarawak
Masih lagi berkisar mengenai pemergian aku ke Sarawak tempoh hari. Bukan apa, gambar banyak sangat dalam telefon bimbit ni. Aku pula tak suka menyimpan gambar-gambar di dalam telefon bimbit. Rasa semak saja. Jadi sebelum aku buang gambar ini, elok kiranya aku membuat entri di blog. Bolehlah juga menjadi kenang-kenangan. Kadangkala aku gemar juga membaca blog aku sendiri untuk mengimbau kembali kenangan lalu.
Jadi kali ini aku nak cerita pasal kek lapis Sarawak. Rasanya tak sah kalau tak pulang ke semenanjung tanpa membawa ole-ole kek lapis Sarawak. Seperti biasa, sudah beberapa kali aku ke Sarawak dan membeli Kek Lapis Warisan yang terletak di Kuching, Sarawak. Rasanya oklah., Sedap. Aku jarang mengatakan tak sedap pada makanan kecuali yang betul-betul tak sedap saja akan aku katakan tak sedap.
Sebenarnya, banyak pilihan untuk beli kek lapis Sarawak. Berdekatan Waterfront pun banyak kedai-kedai yang menjualnya. Harganya pun sedikit lebih kurang sahaja. Rasanya pun sedap.
Cuma di Kek Lapis Warisan ni, kita berpeluang untuk melihat bagaimana kek lapis dibuat. Kita boleh lihat pembuatannya di dapur sambil terdapat orang yang memberi penerangan berkenaan kek lapis Sarawak.
Untuk kali ini, tidak banyak yang aku beli. Hanya 10 pek sahaja dan dapat percuma 1 pek. Sedap. Macam-macam rasa ada. Syabas orang Sarawak kerana mempunyai produk negeri yang popular dan dikenali ramai.
Subscribe to:
Posts (Atom)