Thursday, November 24, 2022

Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Ke-10

 


Setelah 6 hari Pilihanraya Umum Malaysia ke-15 berlalu, akhirnya negara kita Malaysia telah sepakat secara kerajaan perpaduan menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Apa-apa pun tahniah diucapkan.

Tidak kisahlah kita ini penyokong parti atau orang atas pagar, kita terimalah seadanya siapapun Perdana Menteri. Moga beliau dapat melaksanakan tugasan dengan baik khusus untuk keamanan dan kemakmuran Malaysia yang tercinta ini.

Tiada masa lagi kita untuk berundur ke belakang, negara-negara jiran yang dahulunya terkebelakang dengan kita sudah mengorak maju ke hadapan. Usah biarkan negara kita terus ketinggalan. Sampai bila kemelut politik perlu berterusan?

"Jawatan atau kedudukan dalam Islam bukan tashrif (kemuliaan), sebaliknya taklif iaitu beban yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT".