Sebelum ini aku pernah menulis entri berkaitan pokok pisang yang ditanam tidak membuahkan hasil walaupun telah mengambil masa yang agak lama. Namun, aku tidak berputus asa. Terus menjaga pokok-pokok pisang tersebut dengan mengemburkan tanah dan membajanya. Entri pasal pokok pisang tersebut boleh dibaca di
SINI.
|
Pisang 40 hari |
Alhamdulillah.. Setelah beberapa bulan, akhirnya berbuah juga pokok-pokok pisang yang ditanam di belakang rumah yang tanahnya hanyalah sekangkang kera. Pada ketika ini sudah tiga batang pokok telah berbuah. Pisang yang aku tanam itu adalah pisang 40 hari. Comel-comel saja bentuknya. Tak pasti pula sekiranya ada nama lain bagi pisang ini. Kalau sesiapa tahu, silalah komen.
|
Sebatang lagi pokok yang telah mengeluarkan jantung pisang |
Kebetulan anak keempat aku, Muhammad Firman memang suka makan pisang. Dialah yang paling banyak makan berbanding adik beradik yang lain. Kalau duduk di belakang rumah saja, dia akan bertanya, bila buah pisang nak ada lagi. Hihihi..
Sekarang ini, di belakang rumah telah aku tanam beberapa batang pokok pisang di tepi-tepi tembok rumah. Anak-anak pokok pisang yang tumbuh, aku alihkan ke tempat sesuai agar ia tidak tumbuh serumpun. Semoga pokok-pokok ini terus mengeluarkan hasil. Insyallah.