Wednesday, March 9, 2022
Tuesday, March 8, 2022
Pecutan Terakhir Giveaway Buku Kereta Lembu Dari Melaka
Siapakah dua orang yang bertuah untuk menerima hadiah ini. Bukunya sudah ditandatangani, hanya tunggu giveaway ini berakhir dan akan diposkan kepada pemenangnya. Untuk makluman, giveaway ini akan tamat pada jam 12.00 tengah malam ini dan insyaallah, pemenangnya akan diwar-warkan pada keesokan harinya.
Bagi yang belum menyertainya lagi, masih ada peluang di saat-saat akhir untuk menyertai giveaway ini. Boleh klik di SINI untuk maklumat lanjut.
Kepada yang telah menyertai giveaway ini, terima kasih diucapkan. Moga ada rezeki buat kalian untuk memenangi buku ini.
Selamat hari Wanita
Apabila tiba pada tarikh 8 Mac, pasti ada yang teringat bahawa tarikh ini merupakan sambutan Hari Wanita Sedunia yang disambut oleh warga seluruh dunia. Pada tahun ini tema sambutan Hari Wanita Sedunia ialah 'Gender Equality Today For A Sustainable Tomorrow’ atau apabila dialihbahasakan ke Bahasa Malaysia boleh ditafsirkan sebagai Kesaksamaan Jantina Hari Ini untuk Kemampanan Hari Esok. Sedikit lebih kuranglah terjemahan tu. Namun di peringkat Malaysia, tema Hari Wanita ialah Saksama Bersama.
Bersempena Hari Wanita ini, pertama sekali sudah pastinya ingin aku ucapkan kepada ibuku Fatimah binti Hj. Majid, merupakan seorang insan yang paling aku sayangi. Seterusnya kepada isteriku Norhati binti Abu Talib, suri hatiku dan anak-anakku yang sama-sama berkongsi hidup susah senang bersama.
Tak lupa juga kepada rakan-rakan bloggers wanita yang tidak jemu-jemu hadir ke blog aku ini. Walaupun satu masa ketika dulu, pernah aku sunyi dari menulis, namun apabila aku kembali menulis, kalian masih dan tetap mengunjungi blog aku ini. Terima kasih diucapkan.
Kepada kalian yang bergelar wanita, Selamat Hari Wanita aku ucapkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)