Sunday, February 27, 2022

Hadiah 20 Top Commentator Tahun 2021 Blog Mamapipie

 


Sebenarnya telah lama juga hadiah ini sampai, namun aku terlupa untuk muat naik ke dalam blog ini. Almaklumlah, baru sekarang rajin semula nak menulis blog. Terima kasih Mamapipie. Hadiahnya telah selamat sampai.

Aku dah terlupa hadiah ini sempena apa. Jadi aku belek-belek semula blog Mamapipie dan akhirnya aku dapati hadiah ini merupakan hadiah bagi 20 orang pengomen tegar blog Mamapipie bagi tahun 2021. Tak sangka pula masuk ranking juga.

Hadiah yang diterima ialah buku nota, pelapik tetikus, beg kecil dan kalender 2022. Sekali lagi, terima kasih diucapkan kepada Mamapipie atas hadiah ini. Ianya dihargai. 

Tangga Rumah Melaka


Melaka merupakan antara negeri yang penuh dengan sejarah. Sejarah kesultanannya yang agung diikuti dengan zaman penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris. Tiada negeri di dalam Malaysia yang sejarah penjajahannya begitu lama sekali.

Dari penjajahan demi penjajahan ini telah membentuk identiti negeri Melaka yang begitu unik dengan etniknya, budaya dan warisan yang dianggap universal di negeri ini. Apabila ke negeri Melaka, sudah tentu pelbagai seni bina bangunan dari seni bina tempatan sehinggalah ke seni bina penjajah, banyak terdapat di negeri ini.

Lihat sahaja pada tangga rumah Melaka. Dahulunya secara tradisi, tangga rumah Melaka diperbuat daripada kayu sahaja. Sama ada tangga yang terdapat di anjung atau di bahagian tengah rumah, memang menggunakan kayu. Namun, selepas era penjajahan, seni bina tangga telah berubah. Rumah-rumah tradisional Melayu Melaka telah menggunakan bahan binaan daripada batu.

Tidak hanya pada seni bina rumah tradisi, masjid-masjid juga menggunakan seni bina tangga yang diperbuat daripada batu. Apa yang lebih menariknya, tangga-tangga ini dihiasi dengan jubin-jubin yang bercirikan China dan Eropah. 

Di Melaka, terdapat lebih kurang 56 buah rumah tradisional Melayu Melaka yang telah dibaikpulih oleh kerajaan negeri melalui Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM). Kebanyakkan rumah-rumah ini mempunyai tangga yang unik, dengan jubin-jubin yang pelbagai dan berbeza-beza. Ada yang bercorak flora, fauna dan ada juga sekadar jubin berwarna-warni tanpa corak.

Terdapat beberapa falsafah yang terdapat pada tangga rumah Melayu Melaka. Rupa bentuk tangga yang melebar ke depan membawa maksud tuan rumah mengalu-alukan kedatangan para tetamu yang ingin bertandang ke rumah. Bilangan anak tangga pula kebiasaannya adalah bernombor ganjil, di mana pada dasarnya apabila seseorang memasuki sesebuah rumah akan memulakan kaki kanan dan akan sampai ke muka pintu juga dengan kaki kanan. 

Begitulah sedikit sebanyak perkongsian tentang tangga rumah Melaka. Semoga bermanfaat. 
 

Thursday, February 24, 2022

Giveaway Buku Kereta Lembu Dari Melaka oleh www.fairusmamat.com


INGIN DAPATKAN BUKU INI SECARA PERCUMA? Buku bacaan ringan dan penuh maklumat yang sesuai dibaca oleh segenap lapisan masyarakat. Jom sertai giveaway ini. Sangat ringkas dan mudah. 

Bagaimana ingin menyertai giveaway ini? Syaratnya amat mudah. Sila ikuti syarat di bawah :

1. Buat posting bertajuk Giveaway Buku Kereta Lembu Dari Melaka oleh www.fairusmamat.com

2. Muat naik gambar poster di atas ke entri anda dan buatkan link (backlink) ke entri ini.

3. Publish-kan posting anda dan tinggalkan komen links di entri ini.

4. Terpulang pada anda untuk tulis apa-apa di entri giveaway ini.

5. (Pilihan) bantu tag 1, 2, atau seberapa orang teman blogger anda untuk turut menyertai giveaway ini. Maklumlah, saya ni berblog suam-suam kuku, takut tiada siapa sudi sertai. Tapi sekiranya seorang saja yang sertai, ia tetap pemenang.

Ok. Itulah sahaja syarat-syaratnya. Mudah bukan? Jadi, siapalah 2 orang yang bertuah untuk mendapat buku tersebut. Mungkin anda. Ya, anda yang sedang membaca entri ini.

Hadiah :
2 buah buku x 2 orang pemenang. (Pemenang dipilih melalui sistem cabutan bertuah yang terdapat dalam internet)

Tarikh :
Giveaway ini berlangsung bermula 24 Februari hingga 8 Mac 2022.

Besarlah harapan saya agar ramai menyertai giveaway ini dan semoga berjaya. Sekiranya ada yang tidak memahami syarat yang ditetapkan, sila tinggalkan pertanyaan di ruang komen.

*****

Senarai Peserta :

1. https://ikashoid.blogspot.com/2022/02/giveaway-buku-kereta-lembu-dari-melaka.html


3. https://hannailly.blogspot.com/2022/02/giveaway-buku-kereta-lembu-dari-melaka.html









12. https://www.travelogsyuhadasalleh.com/2022/02/giveaway-buku-kereta-lembu-dari-melaka.html












28. https://www.bondezaidalifah.com/2022/03/giveaway-buku-kereta-lembu-dari-melaka.html