Thursday, February 24, 2022

Permainan Dam Aji Wujud Sejak Abad ke-12?



Ada siapa yang mahir main Dam Aji? Aku sendiri bolehlah main tapi tidaklah mahir hingga mempunyai strategi tersendiri untuk memenangi satu-satu perlawanan. Main asal boleh saja.

Menurut sumber yang aku baca, permainan Dam Aji ni bermula pada abad ke-12 di Peranchis. Tapi nama permainan ini tidaklah disebut Dam Aji, ia disebut Alquerque. Tidak dapat dipastikan pada ketika itu bagaimana ia dimainkan namun daripada evolusi permainan ini dikatakan tercetusnya permainan Dam Aji yang dimainkan kini.

Dikatakan juga, hadirnya permainan Dam Aji ke Tanah Melayu ( Malaysia) di zaman penjajahan Belanda di Melaka. Menurut sumber, terdapat unsur-unsur Belanda di mana permainan ini adalah seperti permainan orang Belanda iaitu "Dammen". Kemungkinan perkataan "Dam" di awal itu diolah menjadi Dam Aji.

Permainan ini seakan catur tapi tidak serumit catur. Hanya menggunakan papan dan buah dam. Tidak memerlukan "Castle", "Bishop", "Queen", "King" dan sebagainya. Jalannya selangkah demi selangkah mengikut petak dan secara serong. Apabila buah dam lawan berada di hadapan boleh 'dimakan' buahnya dengan melangkaui buah dam tersebut. Bukan hanya satu, boleh juga memakan buah lawan dengan bilangan dua atau tiga jika buah lawan boleh dilangkaui.

Jika buah dam kita dapat menuju ke garisan pertama pihak lawan, maka kita dapat Aji di mana buah dam boleh melangkaui seberapa jauh dalam garisan petak yang sama. Kebiasaannya Aji mempunyai banyak kelebihan dan mampu memakan buah lawan dengan jumlah yang banyak.

Ha.. Inilah serba sedikit dapat aku kongsikan berkaitan Dam Aji. Bukan apa, sekarang ini sedang berusaha menyiapkan sebuah lagi buku baharu tentang permainan tradisional. Jadi nantikan kemunculannya...

Buku Kereta Lembu Dari Melaka yang telah diterbitkan tempoh hari, aku rasa nak buat giveaway untuk rakan bloggers mendapatkannya. Tunggu ye, aku akan buat nanti.

Wednesday, February 23, 2022

WW : Kuih Pulut Inti

 


Akhirnya Tergolong Sebagai Pesakit Covid-19

Gambar tiada kena mengena


18 Februari 2022 aku mula mengalami demam. Agak tinggi juga suhu badan pada ketika itu. Hampir mencecah 40°c. Tidur malam pun tidak lena, sekejap-sekejap terjaga. Ke kiri tak kena, ke kanan pun tak kena.

Sebelum ini isteri aku didapati positif Covid-19. Dia lebih awal daripada aku. Aku hanya didapati positif Covid-19 pada 20 Februari 2022. Aku tak risau akan diri aku, cuma risaukan isteri yang sedang sarat mengandung anak kelima kami. Insyaallah, awal bulan April ini bakal lahir.

Anak-anak turut demam. 3 orang anak demam dan kini telah sembuh. Cuma anak bongsu jadi hero sebab tak demam. Anak-anak kalau demam lagilah bertambah risau. Sebabnya mereka semua susah nak diberi makan ubat. Kena paksa betul-betul, kena pegang kaki dan tangan dan suapkan ubat dalam mulut. Itupun disemburkan. Banyak yang keluar dari masuk ke dalam perut.

Simptom Covid-19 yang aku kena dibawah kategori 2(a) dan terkini kategori 1. Cuma demam, selsema, batuk, sakit tekak, sakit kepala dan bisa-bisa sendi. Deria rasa masih berfungsi cuma deria bau kurang sedikit, mungkin sebab hidung tersumbat.

Sebelum ini, jabatan aku baru sahaja ditutup selama seminggu akibat ramai kakitangan yang terkena jangkitan Covid-19. 22 Februari baru buka. Tapi aku akan kuarantin di rumah hingga 26 Februari. Bertambah lamalah aku duduk di rumah.

Bantuan. Alhamdulillah, duduk di kejiranan yang aku tinggal sekarang amat prihatin. Bantuan datang dari pelbagai pihak. Bantuan pertama yang aku terima dari Gerobok Rezeki Masjid Al-Aminin, kedua dari pihak Japerun Klebang, Melaka dan yang ketiga dari JPKK kampung. Bagus mereka ini semua. Amat prihatin sedangkan aku baru juga berpindah di sini dalam 3 tahun lebih.

Adik beradik dan anak-anak buah juga banyak membantu. Mereka tolong belikan barang-barang keperluan. Memang sejak dari kuarantin semasa isteri kena Covid-19 kami tak keluar rumah. Cuma 2 kali keluar, itupun ke klinik. Hanya membeli makanan dan barangan keperluan melalui atas katil talian. 

Jadi, inilah sahaja sedikit sebanyak perkongsian diri aku yang dijangkiti Covid-19. Alhamdulillah, tidaklah teruk sangat. Bagi aku, ini tanda Allah SWT sayang kita. Dia beri kita sakit untuk menghapuskan dosa-dosa kecil dan menyuruh aku sentiasa ingat akan Dia.