Wednesday, February 23, 2022
Akhirnya Tergolong Sebagai Pesakit Covid-19
Gambar tiada kena mengena |
18 Februari 2022 aku mula mengalami demam. Agak tinggi juga suhu badan pada ketika itu. Hampir mencecah 40°c. Tidur malam pun tidak lena, sekejap-sekejap terjaga. Ke kiri tak kena, ke kanan pun tak kena.
Sebelum ini isteri aku didapati positif Covid-19. Dia lebih awal daripada aku. Aku hanya didapati positif Covid-19 pada 20 Februari 2022. Aku tak risau akan diri aku, cuma risaukan isteri yang sedang sarat mengandung anak kelima kami. Insyaallah, awal bulan April ini bakal lahir.
Anak-anak turut demam. 3 orang anak demam dan kini telah sembuh. Cuma anak bongsu jadi hero sebab tak demam. Anak-anak kalau demam lagilah bertambah risau. Sebabnya mereka semua susah nak diberi makan ubat. Kena paksa betul-betul, kena pegang kaki dan tangan dan suapkan ubat dalam mulut. Itupun disemburkan. Banyak yang keluar dari masuk ke dalam perut.
Simptom Covid-19 yang aku kena dibawah kategori 2(a) dan terkini kategori 1. Cuma demam, selsema, batuk, sakit tekak, sakit kepala dan bisa-bisa sendi. Deria rasa masih berfungsi cuma deria bau kurang sedikit, mungkin sebab hidung tersumbat.
Sebelum ini, jabatan aku baru sahaja ditutup selama seminggu akibat ramai kakitangan yang terkena jangkitan Covid-19. 22 Februari baru buka. Tapi aku akan kuarantin di rumah hingga 26 Februari. Bertambah lamalah aku duduk di rumah.
Bantuan. Alhamdulillah, duduk di kejiranan yang aku tinggal sekarang amat prihatin. Bantuan datang dari pelbagai pihak. Bantuan pertama yang aku terima dari Gerobok Rezeki Masjid Al-Aminin, kedua dari pihak Japerun Klebang, Melaka dan yang ketiga dari JPKK kampung. Bagus mereka ini semua. Amat prihatin sedangkan aku baru juga berpindah di sini dalam 3 tahun lebih.
Adik beradik dan anak-anak buah juga banyak membantu. Mereka tolong belikan barang-barang keperluan. Memang sejak dari kuarantin semasa isteri kena Covid-19 kami tak keluar rumah. Cuma 2 kali keluar, itupun ke klinik. Hanya membeli makanan dan barangan keperluan melalui atas katil talian.
Jadi, inilah sahaja sedikit sebanyak perkongsian diri aku yang dijangkiti Covid-19. Alhamdulillah, tidaklah teruk sangat. Bagi aku, ini tanda Allah SWT sayang kita. Dia beri kita sakit untuk menghapuskan dosa-dosa kecil dan menyuruh aku sentiasa ingat akan Dia.
Friday, January 28, 2022
Pokok Kelapa
Susah nak lihat pokok kelapa sekarang. Zaman aku kecil-kecil dahulu banyak pokok kelapa di hadapan rumah emak. Rasa-rasanya ada 3 batang pokok di halaman rumah emak di kampung dengan sebatang pokok condong yang amat menarik bila dipandang. Namun kini, semuanya sudah tiada. Lama sudah ditebang. Kemungkinan bahaya, kerana pokok-pokoknya tinggi dan berdekatan dengan rumah.
Pokok kelapa jika diambil gambar pun menarik. Sudahlah susah hendak dijumpai, jika sudah jumpa pokok kelapa yang cantik kedudukannya, pasti akau akan cuba mengambil gambar. Sekadar minat mengambil gambar, bukan profesional pun.
Gambar pokok kelapa di atas tu aku 'tangkap' gambarnya semasa menziarahi rakan sekerja kematian ibu. Sempat juga aku mencuri masa untuk menangkap gambar ini. Teruja, pasal lama juga tak jumpa pokok kelapa yang tinggi-tinggi sebegini. Daunnya melambai-lambai di langit biru. Indah nian.
Subscribe to:
Posts (Atom)