Tuesday, June 15, 2021

JERUK MANGGA ASAM BOI

Kakak saya minta adik beradik datang ambil buah mangga di rumah kerana jirannya menebang pokok mangga di hadapan rumah. Banyak buahnya. Saya pada awalnya memang tak berhasrat untuk mengambil, tetapi akak ipar yang pergi ambil di rumah kakak saya memberi pada saya. Banyak sangat katanya. Jadi saya ambillah juga beberapa biji.

Dalam fikiran saya sudah terbayang nak buat jeruk mangga asam boi. Sudah itu saja yang saya mampu buat. Jadi, pergi ke kedai terus membeli asam boi. Lain-lain bahan seperti cili api, gula dah memang ada di rumah. 

Tak susah sangat pun buat jeruk mangga asam boi ni, campur-campur saja bahan-bahannya. Terus jadi. Nak makan terus pun boleh. Tapi saya simpan dalam botol, biarkan dalam sehari.

Buah mangga ini pun sedap. Jenis ranggup apabila dimakan. Ala-ala jeruk mangga asam boi yang dijual di tepi jalan tu.. Lepas ni bolehlah saya jual di tepi jalan. Hehe.. 




Ada yang kecur tak?

PECUTAN TERAKHIR GIVEAWAY SAMBAL BILIS PEDAS - d' SAMBAL licious

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Allah SWT, Giveaway Sambal Bilis Pedas mendapat sambutan yang menggalakkan. Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang telah menyertai giveaway ini.



Namun, ia belum berakhir. Pada ketika ini masih berbaki kira-kira 16 jam sebelum giveaway ini berakhir.  Jadi bagi yang masih belum menyertai giveaway ini bolehlah berbuat demikian. Manalah tahu, pecutan terakhir ini membuahkan hasil, dan berjaya dipilih menjadi pemenang bertuah.

Alhamdulillah, syukur juga kerana produk d' SAMBAL licious mula mendapat sambutan dari kalangan rakan-rakan dan saudara mara. Semalam sahaja 48 botol dapat dijual. Insyallah, isteri dan saya akan terus membuat penambahbaikan dari masa ke masa.

Yang nak cuba produk sambal d' SAMBAL licious boleh membuat tempahan di SHOPEE

Ps : Apa perkataan sesuai bagi giveaway dalam Bahasa Malaysia?

Monday, June 14, 2021

MUHAMMAD FIRMAN SUDAH TIGA TAHUN

14 Jun 2018, masa ini 2 hari lagi nak sambut Hari Raya Aidilfitri. Lahirlah seorang anak lelaki lalu diberi nama Muhammad Firman. Muhammad Fahim, Ainnur Afiah dan Muhammad Firas Faiq telah mempunyai adik baharu.

Hari ini merupakan ulang tahun ketiga buat anakanda Muhammad Firman. Sekejap rasanya dia membesar. Nakal, petah bercakap dan ada kalanya pemalu macam ayahnya. 😌😌😌

Hari ini saya bekerja. Tiada apa-apa rancangan untuk sambut hari lahirnya. Sekali teringat ingin memberi hadiah kepada dia. Tapi, musim PKP ni banyak kedai tutup. Pasaraya pun di bahagian permainan ditutup. Tidak dibenarkan masuk ke kawasan permainan.

Kebetulan, ada kenalan yang berniaga permainan. Dia biasa berniaga di up town. Semasa PKP ni tidak berniaga. Jadi, selepas habis bekerja saya singgah ke rumahnya untuk membeli permainan untuk Muhammad Firman.

Balik dari kerja terus singgah beli hadiah untuk Muhammad Firman


Banyak permainan di rumahnya. Saya pilih untuk membeli kereta kawalan jauh. Boleh tahan juga harganya. Mujur hari ini gaji dah masuk. Beli sajalah, setahun tak sekali. Hehe.. 

Balik saja rumah, buka pintu dan terus beri kotak kereta kawalan jauh kepada Muhammad Firman. Tak dan nak balut dengan kertas hadiah, bagi begitu saja. Alhamdulillah, Firman suka. 

Kegembiraan jelas kelihatan pada riak wajahnya. Hihi


Dari petang hingga ke malam duk main kereta kawalan jauh. Dah simpan dalam kotak, dibukanya semula untuk bermain, kemudian masuk semula ke dalam kotak. Biasalah, budak-budak. Nanti apabila sudah bosan, alat kawalan ke mana, kereta ke mana nanti. 

Semoga Muhammad Firman membesar dengan sihat, ceria dan menjadi anak yang soleh dengan mentaati perintah Allah SWT dan mendengar cakap kedua ibu bapa.