Tuesday, June 1, 2021

GIVEAWAY SAMBAL BILIS PEDAS - d' SAMBAL licious

Bersempena pelancaran produk perniagaan kecil-kecilan bersama isteri yang menjual Sambal Bilis Pedas melalui jenama d' SAMBAL licious, dengan ini suka saya membuat giveaway iaitu GIVEAWAY SAMBAL BILIS PEDAS - d' SAMBAL licious untuk disertai oleh rakan-rakan blogger.




Tersangatlah mudah untuk menyertai giveaway ini di mana anda cuma perlu :

1. Membuat posting bertajuk GIVEAWAY SAMBAL BILIS PEDAS - d' SAMBAL licious dengan memuatnaik gambar banner dan membuat pautan ke entri ini,

2. Like halaman Facebook d' SAMBAL licious (pilihan tanpa paksaan), dan

3. Tinggalkan pautan blog anda mengenai giveaway ini di ruangan komen.

Senang bukan? Bukan sukar pun....

Apa hadiahnya?

3 orang akan dipilih untuk menerima hadiah istimewa berupa sebotol Sambal Bilis Pedas oleh d' SAMBAL licious. Pemenang akan dipilih secara rawak menggunakan aplikasi berkaitan.

Giveaway ini bermula pada 1 Jun hingga 15 Jun 2021. Besarlah harapan saya agar rakan-rakan blogger memberi sokongan dengan menyertainya giveaway ini. Sekian, terima kasih. πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ

*****

d' SAMBAL licious mengeluarkan produk sambal yang sedia untuk dimakan. 2 produk dihasilkan iaitu Sambal Bilis Pedas dan Sambal Petai Bilis Pedas.

Produk ini boleh didapatkan di Shopee dengan harga RM12.00 untuk Sambal Bilis Pedas dan RM14.00 bagi Sambal Petai Bilis Pedas. 

Sunday, May 30, 2021

MUFTI NEGERI PERAK MENINGGAL DUNIA



Innalillah wainna ilaihi rojiun.

Telah kembali ke rahmatullah, Tan Sri Dato' Seri Harussani bin Zakaria, Mufti negeri Perak pada hari ini di tanggal 30 Mei 2021.

Beliau dikatakan telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.45 petang di Hospital Raja Permaisuri Bainun di mana sebelum ini beliau telah disahkan dijangkiti covid-19. Beliau meninggal dunia pada usia 82 tahun.

Didoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. 

BACAAN DAN MAKNA SEMASA DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD


Apabila kita baca dan fahami makna bacaan semasa DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD, sudah jelas menyatakan pengabdian diri kepada Allah SWT. Dari memohon keampunan, minta disayangi, minta dijaga aib diri, angkat darjat, dikurniakan rezeki, diberi petunjuk dan diberikan kesihatan merupakan satu doa yang amat lengkap.

Justeru, apabila membaca bacaan ini semasa DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD, bacalah dengan penuh pengharapan kepada Allah SWT agar apa yang dimohon dalam bacaan itu dimakbulkan. 

Sama-sama kita mempraktikkannya. Insyaallah.