Wednesday, February 15, 2017

BAS MINI : TINGGAL KENANGAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam nuat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Perkhidmatan Bas Mini diperkenalkan pada 23 September 1975 meliputi 60 laluan termasuk hampir semua kawasan perumahan di Lembah Klang. Kebanyakkan warga kota bergantung kepada Bas Mini untuk bergerak dengan mudah.

Tambang bas pada asalnya hanya 40 sen, kemudian dinaikkan ke 50 sen pada tahun 1991 dan dua tahun kemudian dinaikkan lagi ke 60 sen.









Perkhidmatan Bas Mini tidak mempunyai jadual yang tetap. Pengusaha perkhidmatan pula dibayar mengikut bilangan trip dan jumlah kutipan tambang dalam sehari berasaskan sistem komisen.

Ketika era keemasannya pada awal tahun 1980-an, terdapat 1,200 Bas Mini di Lembah Klang yang melibatkan lebih 300 pengusaha dan 7,000 orang pekerja. 

Pada awalnya, setiap bas Mini mempunyai warna yang berbeza mengikut laluannya. Pada tahun 1990 warna merah jambu dan jalur putih telah dijadikan warna piawai dan ditetapkan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Paduka Rahmah Osman. 

Perkhidmatan bas Mini dihentikan di bandar raya Kuala Lumpur pada 1 Julai 1998. Sememangnya bayangan Bas Mini merah jambu yang biasanya dibawa laju di jalan raya dengan keadaan penumpang yang berhimpit-himpitseperti sardin akan tetap segar dalam ingatan.

Thursday, February 9, 2017

SHELLOUT @ CENGKERANG SEAFOOD JUMBLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Memang sudah lama aku duk perati iklan-iklan dan gambar rakan-rakan dalam Facebook yang memaparkan makanan laut atau lebih dikenali sebagai shellout. Beberapa kali juga aku nak merasa, tapi asyik tak jadi sahaja, kalau keluar makan dengan keluarga, restoran yang satu tu sajalah yang kami kunjungi.

Sempena ulang tahun perkahwinan kami ke-9 pada 8 Februari semalam, kami pun pergilah ke sebuah restoran makanan laut yang menyajikan shellout di Kota Laksamana, Melaka. Nama restoran ini ialah CENGKERANG.




Menu yang kami pilih sudah tentulah shellout. Sudah memang teringin sangat nak merasa. Gambar di bawah ini merupakan set yang kami order. Set ni taklah banyak sangat, setakat nak makan 2 dewasa dan 3 orang anak-anak kecil, boleh lagi ni. 

Tak mahal manapun, cuma RM38.80, berbaloilah juga. Makanan pun sedap. Aku siap tambah nasi lagi. 


Kalau kebiasaannya apabila makan shellout, kita dapat makan ketam sekali, tapi set yang ni memang tiada ketam. Okaylah tu, kami anak beranak tak berapa teruja sangat nak makan ketam. Lagi pun, nak makan ketam ni leceh sikit.


Kalau kalian berminat nak cuba makan shellout, bolehlah bertandang di restoran ni yang terletak di Kota Laksamana, Melaka.




Ainnur Afiah dan Muhammad Fahim sangat teruja nak makan. Mereka pun suka makanan ni, tak pedas sangat.



Thursday, February 2, 2017

SENANGNYA BERHENTI MEROKOK!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Dulu aku pernah berhenti merokok. Tak ingat pula tahun bila. 1 tahun lebih jugalah aku berhenti. Tapi, akibat "kegatalan" ingin mencuba sepam dua, aku kembali ketagih dan kembali menghisap rokok. Aduh!!!

Kini aku kembali berhenti merokok. Alhadulillah, sudah masuk 8 bulan aku berhenti merokok. Harapnya ia akan berterusan. 

Dengan kejayaan diri aku sendiri yang telah berjaya berhenti merokok, jadi aku pun sangat rekomen para perokok di luar sana berhenti merokok dengan bantuan I-Quit. Amat berkesan sungguh benda ni, cuma sembur di dalam mulut, kemam sebentar kemudiannya telan. Rasa nak merokok akan hilang dengan serta merta. 

Sudah banyak aku jual I-Quit ni secara dalam talian mahu pun secara belian terus. Berikut antara testimoni pelanggan aku menggunakan I-Quit. (bukan testimoni buat-buat ye)










Nak beli I-Quit?
Whatsapp 012.272.5658