Monday, October 19, 2015

APABILA FRASA 'BERAT' DILIBERALKAN!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Alhamdulillah, malam Sabtu yang lepas, berpeluang mendengar ceramah agama di dataran Pusat Islam Melaka. Ceramah agama itu bersempena Karnival Falak negeri Melaka. 

Banyak juga pemahaman yang dapat dipelajari dari ceramah tersebut. Cuba yang masih terngiang-ngiang di kepala otak aku ini ialah tentang usaha untuk meliberalkan bahasa terhadap sesuatu benda atau perbuatan yang mungkar. 

Meliberalkan bahasa agar ia seakan-akan boleh diterima oleh masyarakat tanpa ada suatu kesalahan yang berlaku atau meringankan sesuatu kesalahan agar ia tidak nampak berat.

Antara contoh yang diberikan oleh ustaz tersebut yang sempat aku masukkan dalam sel otak aku ni ialah frasa ialah :


Betul ke perkataan ini diliberalkan? Jom kita cuba membuat contoh...

A. Emak.. Maafkan Bella mak, Bella sudah terlanjur.

B. Emak.. Maafkan Bella mak, Bella sudah berzina.

Berzina itu adalah satu kesalahan besar dan salah satu dosa besar. Tapi apabila ia ditukarkan dengan perkataan terlanjur, nampak macam kecil sahaja kesalahan itu kan?

Begitu juga dengan contoh ini...

A. Bro.. jom ke disko malam ni, GRO baik-baik tu..

B. Bro.. jom ke disco malam ni, pelacur baik-baik tu..

Sedapkan sebut GRO dari pelacur? Nampak suci je.. Nampak macam tiada kesalahan saja.

Sekian saja perkongsian hari ini. Yang baik itu datangnya dari Allah SWT, salah dan silap dari kelemahan diri ini sendiri.

Wallahuaklam.

Tuesday, October 6, 2015

PAMERAN SOLO KOH SHIM LUEN : TALES OF 2 CITIES

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Pameran Solo Koh Shim Luen bertajuk Tales of 2 Cities (Straits Legacy of Melaka & Georgetown) mengambarkan hasil seni visual bangunan-bangunan warisan yang terdapat di negeri Melaka dan Pulau Pinang.

Pameran ini sedang diadakan di Balai Seni Lukis Melaka dan telah dibuka untuk kunjungan orang ramai. Bagi peminat-peminat seni, haruslah datang melawat ke pameran ini kerana hasil seninya begitu menarik. 




Wednesday, September 30, 2015

PELAMIN KAYU PALLET (DO IT YOURSELF)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Minggu lepas kami bergotong royong nak menyiapkan pelamin untuk anak buah yang bakal melangsungkan majlis perkahwinannya pada pertengahan bulan Oktober ini. Aku beserta abang ipar dan anak-anak buah saling membantu untuk menghasilkan pelamin yang dibuat sendiri.

Idea untuk menghasilkan pelamin ini adalah ilham dari si bakal pengantin sendiri. Kami membuatnya dengan menggunakan kayu terpakai iaitu kayu pallet

Ini bukan lakonan semata-mata

Memang banyak jimatlah kalau buat pelamin buatan sendiri. Guna pula kayu pallet boleh dapat dekat kedai-kedai kayu yang menjual kayu terpakai. Kos untuk kayu pallet tak sampai RM10.00 seunit. Jadi dapatlah berjimat, pasal kos pelamin kalau disewa, mahal juga harganya.


Beginilah hasilnya apabila kerja-kerja pemasangan sudah dilakukan. Cuma ia belum siap 100% kerana dibelakangnya perlu lagi dihiasi dengan kain backdrop bagi menyerlahkan lagi pelamin ini.

Sebenarnya idea membuat pelamin dengan menggunakan kayu pallet bukanlah suatu yang baru, sudah ramai juga menggunakan idea ini termasuklah masa perkahwinan anak sepupu aku di Singapura baru-baru ni. 

Jadi, sesiapa yang inginkan kelainan dalam persandingannya, bolehlah menggunakan idea pelamin kayu pallet ini untuk majlis perkahwinan.