Wednesday, September 30, 2015
Monday, September 28, 2015
PAMERAN SOLO KHALID REJAB : EMOSI 2
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dengan nama ALLAH yang MAHA PENMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kepada peminat seni lukisan tanah air, bolehlah datang beramai-ramai untuk menyaksikan Pameran Solo Khalid Rejab bertajuk Emosi 2. Pameran ini diadakan pada ketentuan berikut :
Tarikh : 29 September - 25 Oktober 2015
Waktu lawatan : 9.00 pagi - 5.00 petang (setiap hari)
Lokasi : Bastion House, Bandar Hilir, Melaka
Sedikit maklumat mengenai pameran :
Pameran solo "Emosi 2" ditampilkan karya-karya abstrak dengan menggunakan akrilik sebagai medium utama.
EMOSI - suatu luahan perasaan yang spontan dalam masa singkat merangkumi kombinasi perasaan cinta, sedih, takut, pilu, marah dan sebagainya. Begitu juga dengan karya-karya ini, ia bebas menentukan fahaman tentang sesuatu bentuk dalam fikiran, emosi dan naluri lalu dipersembahkan di atas kanvas.
Ia tidak menentukan aspek formaliti atau gaya konvensional, sebaliknya ia menjurus kepada emosi dan ekspresi di mana memperlihatkan perasaan pelukis dengan cara spontan. Juga sebagai satu proses kreativiti dan imiginasi.
Antara karya yang dipamerkan :
Friday, September 25, 2015
IKLAN LAMA YANG MENGIMBAU NOSTALGIA
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Terpandang iklan-iklan lama yang dikongsikan di Facebook, teringat kembali nostalgia silam. Memang aku pernah hidup pada zaman ini.
Individu yang lahir pada tahun 90-an mungkin tidak pernah melihat iklan sebegini. Jadi, aku kongsikan iklan-iklan tersebut di sini untuk tatapan generasi sekarang yang mungkin tidak pernah melihat iklan sebegini.
Dumex memang jenama yang amat popular di Malaysia pada suatu ketika dahulu. |
Sudah lama mee maggi bertapak di Malaysia |
Nescafe antara minuman kegemaran rakyat Malaysia dari dulu hingga kini. |
Mak aku pernah menggunakan periuk nasi ini suatu ketika dahulu |
Serbuk pencuci ni aku tidak pasti, mak aku pernah guna ke tidak dahulu |
Arwah sudah Mahmmod June.. Teh Lipton saja belum arwah. |
Rumah aku pernah ada TV sebegini tapi jenama National kalau tak silap |
Subscribe to:
Posts (Atom)