Monday, July 27, 2015

STRATEGI PERNIAGAAN YANG TIDAK HARUS DICONTOHI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Nampak orang berniaga, kita pun mahu meniaga. Rasa makanan orang meniaga sedap, kita pun perlulah buat sedap juga atau lagi sedap.

Ini tidak, kita buat sambil lewa. Mentang-mentanglah makanan itu sedang popular, kita ingat kita pun boleh buat macam orang lain buat, tetapi malangnya hampeh.

Kedai orang pembelinya beratur panjang, kita pun nak pastikan kedai kita orangnya beratur panjang juga. Tapi orang tu perkhidmatannya cepat dan pantas walaupun pelanggannya ramai. Kita pula, buat-buat perlahan menyediakan perkhidmatan demi memastikan pelanggan beratur panjang. Demi menarik ramai pelanggan lagi berkunjung ke kedai. Sebab apa? Sebab kebiasaannya kedai yang orang beratur panjang, pastinya makanannya sedap.

Inilah yang berlaku dalam pemerhatian aku di sebuah kedai yang menjual pisang goreng cheese. Mula-mula dulu, memang kedainya pelanggan beratur panjang untuk membeli pisang goreng cheese, tapi sekarang, tidak lagi. Hampir tiada orang yang beratur.

Gambar sekadar hiasan. Sumber gambar >> KLIK <<


Pisang goreng cheesenya pun tidaklah berapa sedap. Sudahlah perkhidmatannya lambat, pisang gorengnya pula berminyak-minyak. Aku pernah beli sekali saja dikedainya, kemudian aku terus banned!

Pada firasat aku, membuatkan orang beratur panjang hanyalah strateginya. Makanannya tidak seberapa pun. Kalau makanannya sedap, mungkin hingga kini kedainya masih ramai orang beratur.

Kepada peniaga, janganlah menjalankan strategi seperti ini. Kalau nak guna juga, harus dipastikan makanan yang kita buat adalah sedap. Kalau tak, memang bungkuslah jawabnya. Bukan bungkus pisang goreng cheese, tapi bungkus kedai. :'(

AYAH DAN IBU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.


Bagi yang masih mempunyai ibu dan ayah, berbaktilah kepada mereka selagi mana mereka masih hidup. Janganlah diabaikan mereka, kerana pastinya kamu akan menyesal suatu hari nanti kerana tidak dapat memberikan yang terbaik kepada ibu dan ayah kamu.

Bagi mereka yang sudah kehilangan ibu dan ayah, perbanyakkanlah berdoa kepada Allah SWT agar roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Tuesday, July 21, 2015

TETAP BERAYA WALAUPUN BAJU LAMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Tahun ni nak kata banyak berbelanja untuk berhari raya tak juga. Baju Melayu guna yang lama. Anak-anak dan isteri saja beli yang baru, dan serasikan dengan warna baju Melayu yang aku dapat masa perarakan Maulud Nabi awal tahun hari tu.

Baju jalan-jalan ingatkan memang taknak beli, tapi isteri pula yang belikan 2 helai. Seluar tak beli, guna seluar slack lama yang masih nampak baru pasal jarang guna. 

Yang banyak beli pakaian baru ialah untuk anak-anak. Kita yang sudah besar panjang ni cukuplah sekadar ala kadar. Rayanya sehari dua sahaja, janganlah pula terlalu sangat nak yang baru sehingga ada berlaku pembaziran dan akhirnya poket kita yang kosong menanti wang gaji bulan berikutnya. 

Kekadang, betul juga apa yang ditweetkan oleh si Polan ni..

Google pun boleh jumpa...