Monday, July 27, 2015

AYAH DAN IBU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.


Bagi yang masih mempunyai ibu dan ayah, berbaktilah kepada mereka selagi mana mereka masih hidup. Janganlah diabaikan mereka, kerana pastinya kamu akan menyesal suatu hari nanti kerana tidak dapat memberikan yang terbaik kepada ibu dan ayah kamu.

Bagi mereka yang sudah kehilangan ibu dan ayah, perbanyakkanlah berdoa kepada Allah SWT agar roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Tuesday, July 21, 2015

TETAP BERAYA WALAUPUN BAJU LAMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Tahun ni nak kata banyak berbelanja untuk berhari raya tak juga. Baju Melayu guna yang lama. Anak-anak dan isteri saja beli yang baru, dan serasikan dengan warna baju Melayu yang aku dapat masa perarakan Maulud Nabi awal tahun hari tu.

Baju jalan-jalan ingatkan memang taknak beli, tapi isteri pula yang belikan 2 helai. Seluar tak beli, guna seluar slack lama yang masih nampak baru pasal jarang guna. 

Yang banyak beli pakaian baru ialah untuk anak-anak. Kita yang sudah besar panjang ni cukuplah sekadar ala kadar. Rayanya sehari dua sahaja, janganlah pula terlalu sangat nak yang baru sehingga ada berlaku pembaziran dan akhirnya poket kita yang kosong menanti wang gaji bulan berikutnya. 

Kekadang, betul juga apa yang ditweetkan oleh si Polan ni..

Google pun boleh jumpa...

Monday, July 13, 2015

PENDEKAR PERANG

Apa bicaramu pendekar gemilang,
kau nak pergi perang,
insan lain mula tak tenang, 
usah ditunjuk diri kau garang,
orang lainpun punyai belang,
mak, abah, anak, bini ditinggal kontang,
datang musuh nanti diparang,
saudara, jiran turut ditendang,
orang tak salah juga ditentang,
jangan kau hati girang,
belasah 1 dengan 100 orang,
orang lain hati tak senang,
warga lain takut diserang.
simpan kukumu wahai si helang,
fasal ini boleh disembang.

F. B. Mamat
13 Julai 2015
Bandar Hilir, Melaka