Tuesday, July 21, 2015

TETAP BERAYA WALAUPUN BAJU LAMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Tahun ni nak kata banyak berbelanja untuk berhari raya tak juga. Baju Melayu guna yang lama. Anak-anak dan isteri saja beli yang baru, dan serasikan dengan warna baju Melayu yang aku dapat masa perarakan Maulud Nabi awal tahun hari tu.

Baju jalan-jalan ingatkan memang taknak beli, tapi isteri pula yang belikan 2 helai. Seluar tak beli, guna seluar slack lama yang masih nampak baru pasal jarang guna. 

Yang banyak beli pakaian baru ialah untuk anak-anak. Kita yang sudah besar panjang ni cukuplah sekadar ala kadar. Rayanya sehari dua sahaja, janganlah pula terlalu sangat nak yang baru sehingga ada berlaku pembaziran dan akhirnya poket kita yang kosong menanti wang gaji bulan berikutnya. 

Kekadang, betul juga apa yang ditweetkan oleh si Polan ni..

Google pun boleh jumpa...

Monday, July 13, 2015

PENDEKAR PERANG

Apa bicaramu pendekar gemilang,
kau nak pergi perang,
insan lain mula tak tenang, 
usah ditunjuk diri kau garang,
orang lainpun punyai belang,
mak, abah, anak, bini ditinggal kontang,
datang musuh nanti diparang,
saudara, jiran turut ditendang,
orang tak salah juga ditentang,
jangan kau hati girang,
belasah 1 dengan 100 orang,
orang lain hati tak senang,
warga lain takut diserang.
simpan kukumu wahai si helang,
fasal ini boleh disembang.

F. B. Mamat
13 Julai 2015
Bandar Hilir, Melaka


KISAH PELITA DI HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Dari zaman aku kecil hinggalah sudah nak masuk 3 orang anak, beginilah tugasan aku setiap musim perayaan Aidilfitri, iaitu memasang pelita. 

Dah jadi macam adat. Kalau tak pasang pelita, macam tak meriah. Nak juga sekali tak nak pasang pelita, tapi rasa macam tak best pula. Jadi aku jugalah yang bersemangat nak pasang benda ni semua.


Bukan ada niat lainpun pasang pelita ni. Saja suka-suka. Senanglah juga nanti anak-anak buah aku main bunga api di halaman rumah. Anak buah pula ramai, sudah 30++ orang, mahunya meriah bila berkumpul ramai-ramai.


Tiap-tiap tahun asyik berubah saja cara display pelita ni. Tahun ni, aku buat seperti gambar di atas. Jimat sedikit kayu. Kalau tak, biasanya aku akan beli kayu bulat (kayu batang penyapu) untuk dibuat tempat gantung pelita.

Tiap-tiap tahun juga perlu keluarkan kos untuk pelita. Mana taknya, setiap tahun kayu dah hilanglah, pelita dah hilang, rosak, jadi perlu dibeli baru. Syukurlah tahun ni, pelita tak perlu dibeli. Mak aku dah simpan awal-awal. Cuba perlu beli sumbunya saja.


Sekian saja kisah pelita dari aku, dah jom kita main bunga api. :)