Wednesday, July 8, 2015

MANUSIA SENTIASA DIBERI PILIHAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Kita hidup di dunia ini sentiasa diberi pilihan. Kita memilih mengikut apa yang kita mampu. Andainya kita bergaji kecil, pilihan kita untuk membeli rumah banglo atau membeli rumah kos rendah. Seeloknya kita pilihlah rumah kos rendah, kerana ia setara dengan kemampuan kita,

Begitu juga dengan makanan. Kalau sudah tahu di dalam poket tak berapa banyak duit, janganlah pilih untuk makan fish and chip. Cukuplah sekadar dapat makan nasi bungkus yang sudah tentu juga akan mengenyangkan.


Syurga dan neraka juga adalah pilihan yang perlu kita buat. Rasa-rasa kalau pilih nak masuk neraka, buatlah jahat selalu dan kalau hendak memilih untuk masuk ke syurga, buatlah segala apa yang disuruh-Nya dan tinggalkan apa yang dilarang.

Ps : Masa Raya Aidilfitri nanti, kalau diberi pilihan, korang nak balik kampung ke tak?

Tuesday, July 7, 2015

SAAT-SAAT MENANTI KELAHIRAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Walaupun sudah nak masuk anak yang ketiga, aku masih lagi teruja nak menimang cahaya mata seorang lagi. Sekarang ni isteri sudah sarat, dan boleh bersalin bila-bila masa sahaja, namun masih lagi nak menjengok partnernya yang sama-sama berniaga tudung di bazar Ramadan.



Pakaian baby yang baru dibeli pun sudah dibasuh. Hanya menanti saat dan tika masanya sahaja. Kalau dilihat dari gambar pakaian baby di atas, dapat agak tak apa jantina baby tu?



Namanya pun sudah dipilih, tapi biarlah rahsia dulu. Aku ni tak suka nak pilih nama panjang-panjang macam orang zaman sekarang suka letakkan, cukuplah sekadar ringkas dan ada maknanya yang tersendiri.

Cuma, apa yang aku harapkan agar kedua-dua insan yang akan melahirkan dan dilahirkan sihat walafiat dan sejahtera hendaknya. 

TIPS MENGECAT RUMAH DI BULAN PUASA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Alkisah, hujung minggu baru-baru ini aku merajinkan diri untuk mengecat rumah emak aku. Tak banyak pun kerja-kerja mengecat, cuba mengecat 'batu botol'. Tapi apa yang mencabarnya ialah mengecat di bulan puasa dengan cuaca yang panas.


Gambar ini mendapat 60 like saja di Facebook

Nak tahu ke tips mengecat di bulan puasa? Kalau nak, aku boleh kongsikan, tapi ni bukanlah tips profesional. Tips ini aku yang buat sendiri. Nak ikut, ikut, kalau taknak ikut pun tak mengapa.

1. Baca kalimah bismillah sebelum memulakan tugasan mengecat.

2. Niat dalam hati melakukan pekerjaan ini kerana Allah SWT.

3. Mulakan kerja dengan hati yang tulus dan ikhlas.

4. Sambil mengecat, berzikir dalam hati. Kalau terasa nak menyanyi pun boleh, nyanyi lagu nasyid.

5. Pastikan muka sentiasa senyum dan jangan tension.

6. Ucaplah Alhamdulillah setelah selesai kerja mengecat.

Sekian saja tips mengecat rumah di bulan puasa. Selamat beramal.