Tuesday, July 7, 2015

SAAT-SAAT MENANTI KELAHIRAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Walaupun sudah nak masuk anak yang ketiga, aku masih lagi teruja nak menimang cahaya mata seorang lagi. Sekarang ni isteri sudah sarat, dan boleh bersalin bila-bila masa sahaja, namun masih lagi nak menjengok partnernya yang sama-sama berniaga tudung di bazar Ramadan.



Pakaian baby yang baru dibeli pun sudah dibasuh. Hanya menanti saat dan tika masanya sahaja. Kalau dilihat dari gambar pakaian baby di atas, dapat agak tak apa jantina baby tu?



Namanya pun sudah dipilih, tapi biarlah rahsia dulu. Aku ni tak suka nak pilih nama panjang-panjang macam orang zaman sekarang suka letakkan, cukuplah sekadar ringkas dan ada maknanya yang tersendiri.

Cuma, apa yang aku harapkan agar kedua-dua insan yang akan melahirkan dan dilahirkan sihat walafiat dan sejahtera hendaknya. 

TIPS MENGECAT RUMAH DI BULAN PUASA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Alkisah, hujung minggu baru-baru ini aku merajinkan diri untuk mengecat rumah emak aku. Tak banyak pun kerja-kerja mengecat, cuba mengecat 'batu botol'. Tapi apa yang mencabarnya ialah mengecat di bulan puasa dengan cuaca yang panas.


Gambar ini mendapat 60 like saja di Facebook

Nak tahu ke tips mengecat di bulan puasa? Kalau nak, aku boleh kongsikan, tapi ni bukanlah tips profesional. Tips ini aku yang buat sendiri. Nak ikut, ikut, kalau taknak ikut pun tak mengapa.

1. Baca kalimah bismillah sebelum memulakan tugasan mengecat.

2. Niat dalam hati melakukan pekerjaan ini kerana Allah SWT.

3. Mulakan kerja dengan hati yang tulus dan ikhlas.

4. Sambil mengecat, berzikir dalam hati. Kalau terasa nak menyanyi pun boleh, nyanyi lagu nasyid.

5. Pastikan muka sentiasa senyum dan jangan tension.

6. Ucaplah Alhamdulillah setelah selesai kerja mengecat.

Sekian saja tips mengecat rumah di bulan puasa. Selamat beramal.

Monday, July 6, 2015

BIMBING DIRI UNTUK MEMBIMBING ORANG LAIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.


Mesej di atas merupakan luahan seorang rakan sekerja yang telah menjalani sesi AKRAB bersama aku. Tau tak apa itu AKRAB? AKRAB adalah singkatan bagi Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam. Antara tugas utamanya ialah membimbing rakan-rakan sekerja yang mempunyai masalah untuk kembali seperti biasa. Ahli AKRAB ni bukanlah seorang kaunselor, namun penugasannya ke arah pekerjaan seperti itu.

Perjumpaan beliau dan aku baru-baru ni, menyaksikan beliau menitiskan air mata. Memang kalau boleh, kita perlu berikan peluang seseorang itu melepaskan tekanan dan apa saja yang terpendam di hatinya. Kemudian, segala tekanan akan mula reda.

Dan apabila menerima mesej orang menghargai apa yang kita lakukan, terasa sesi yang telah dilakukan adalah berjaya.