Friday, July 3, 2015

BERBUBUR LAMBUK BERSAMA WAN MAIMUNAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dann salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.


Sebenarnya ini semasa program mengacau bubur lambuk sehari sebelum masuk bulan Ramadan yang lalu. Aktiviti mengacau bubur lambuk ni diadakan bersekali dengan program gotong royong National Blue Oceon Strategi (NBOS) yang diadakan di Banda Hilir.

Pasal ibu Wan Maimunah pula, beliau dengan jabatan aku memang kerap menjalinkan kerjasama. Selalu juga panggil beliau dalam program-program berkaitan masakan. Kalau dia menjadi pengacara, memang hebohlah sesuatu program tu. Memang seronok. Sepertimana beliau berlakon dalam kaca tv, begitu jugaklah orangnya semasa bersama orang ramai.

Sekarang dah nampak banyak perubahan pada ibu Wan Maimunah. Badan sudah slim. Kepala pun bertudung. Muka pun nampak muda. 

Wednesday, July 1, 2015

MASUK TV!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Perghh.. sekali masuk tv lah. Inipun bukan aku yang perasan. Rakan yang whatsapp gambar aku ni, apabila dia ternampak wajah aku di kaca tv dalam rancangan dokumentari di tv1 bertajuk Khazanah Yang Hilang.

Abaikan mulut yang sedang memuncung.. 

Sebenarnya aku ternanti-nanti juga nak lihat wajah aku di kaca tv, tapi tak kesampaian. Pengambaran dokumentari ni pun dah agak lama. Seingat aku, pada hujung tahun 2014 ataupun awal tahun 2015 yang lalu. Pengarahnya tak beritahu pula kat aku bila dia akan dimainkan di tv.

Huh.. Ramai pula rakan-rakan whatsapp nak minta autograf. :)

Tuesday, June 30, 2015

RUGINYA BERPUASA KALAU.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Berpuasa di bulan Ramadan itu adalah wajib. Sebulan saja puasa itu wajib, yang lainnya boleh dilakukan tetapi sunat. Apa yang wajib dilakukan hari-hari adalah solat.


Solat adalah perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak


Apa yang peliknya, ada orang yang berpuasa tetapi tidak solat. Adakan orang sebegini? Orang yang berpuasa tetapi tidak solat telah melakukan sesuatu yang sia-sia. Hanya mendapat lapar dan dahaga. Dalam erti kata yang lain, bekerja tetapi tiada gaji.

Memang betullah apa yang selalu diungkapkan bahawa :

"Orang yang mengerjakan solat sudah mesti akan berpuasa tetapi orang yang berpuasa, tidak semestinya mengerjakan solat."

Wallahuaklam. Tepuk dada tanya iman. Sama ada kita mahu berpuasa dan mendapat ganjaran pahala ataupun hanya mahu melakukan perbuatan yang sia-sia.

Selamat beramal.