Wednesday, July 1, 2015

MASUK TV!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Perghh.. sekali masuk tv lah. Inipun bukan aku yang perasan. Rakan yang whatsapp gambar aku ni, apabila dia ternampak wajah aku di kaca tv dalam rancangan dokumentari di tv1 bertajuk Khazanah Yang Hilang.

Abaikan mulut yang sedang memuncung.. 

Sebenarnya aku ternanti-nanti juga nak lihat wajah aku di kaca tv, tapi tak kesampaian. Pengambaran dokumentari ni pun dah agak lama. Seingat aku, pada hujung tahun 2014 ataupun awal tahun 2015 yang lalu. Pengarahnya tak beritahu pula kat aku bila dia akan dimainkan di tv.

Huh.. Ramai pula rakan-rakan whatsapp nak minta autograf. :)

Tuesday, June 30, 2015

RUGINYA BERPUASA KALAU.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Berpuasa di bulan Ramadan itu adalah wajib. Sebulan saja puasa itu wajib, yang lainnya boleh dilakukan tetapi sunat. Apa yang wajib dilakukan hari-hari adalah solat.


Solat adalah perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak


Apa yang peliknya, ada orang yang berpuasa tetapi tidak solat. Adakan orang sebegini? Orang yang berpuasa tetapi tidak solat telah melakukan sesuatu yang sia-sia. Hanya mendapat lapar dan dahaga. Dalam erti kata yang lain, bekerja tetapi tiada gaji.

Memang betullah apa yang selalu diungkapkan bahawa :

"Orang yang mengerjakan solat sudah mesti akan berpuasa tetapi orang yang berpuasa, tidak semestinya mengerjakan solat."

Wallahuaklam. Tepuk dada tanya iman. Sama ada kita mahu berpuasa dan mendapat ganjaran pahala ataupun hanya mahu melakukan perbuatan yang sia-sia.

Selamat beramal.

SUDAH 3 TAHUN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

22 Jun yang lalu genaplah 3 tahun usia anak perempuan aku yang seorang ni. Ainnur Afiah namanya. Sekarang sedang biasakan untuk memanggilnya dengan gelaran akak, bukannya adik lagi, pasal tak lama lagi dia nak dapat adik baru.


Masa ni sambut hari jadinya di rumah mertua aku. Ramai yang datang, nak minta ambil gambarpun dia segan. Jadi, terhasillah gambar yang seakan-akan terpaksa diambil ni.

Apa-apapun semoga anak ayah ni membesar dengan sihat walafiat dan menjadi anak yang solehah.