Tuesday, June 30, 2015

SUDAH 3 TAHUN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

22 Jun yang lalu genaplah 3 tahun usia anak perempuan aku yang seorang ni. Ainnur Afiah namanya. Sekarang sedang biasakan untuk memanggilnya dengan gelaran akak, bukannya adik lagi, pasal tak lama lagi dia nak dapat adik baru.


Masa ni sambut hari jadinya di rumah mertua aku. Ramai yang datang, nak minta ambil gambarpun dia segan. Jadi, terhasillah gambar yang seakan-akan terpaksa diambil ni.

Apa-apapun semoga anak ayah ni membesar dengan sihat walafiat dan menjadi anak yang solehah.

Monday, June 29, 2015

BUTANG BAJU MELAYU KE SEBERANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.


Mesej di atas adalah perbualan aku bersama seorang ketua jabatan dari Pekan Baru, Indonesia. Apa yang dibualkan ialah untuk meminta tolong aku membeli dan mengirimkan 14 set butang baju Melayu.

Ini bukan kali pertama, sudah kali kedua beliau meminta tolong dari aku. Aku pun memang tak kisah. Memang suka menolong. Beliau kalau datang ke sini pun, aku yang bawakkan jalan-jalan di Melaka. 

Sebenarnya, mereka di sana pun berbaju Melayu semasa bekerja. Alhamdulillah, mereka suka memakai butang baju Melayu yang dibeli dari Malaysia. 

Friday, June 26, 2015

SELENDANG UNTUK SI DIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Siapakah gerangan si dia tu? Bukanlah sesiapapun, cuma seorang pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)  yang telah berjaya menamatkan latihan praktikalnya di pejabat aku.

Selama ni aku agak lalai dan terlupa. Asyik pelajar praktikal saja yang memberikan hadiah pada aku setelah tamat latihannya. Aku pula tak memberikan apa-apa.



Bagi mengubah segala yang telah berlaku. Kini aku harus juga memberi sesuatu kepada pelajar praktikal yang telah tamat latihan. Iyalah, kadang-kadang banyak kerja aku minta dia dilaksanakan. Jadi, aku harus menghargai segala bantuan yang telah dia berikan. 

Semoga dia sudi memakai selendang tersebut dan terus maju jaya dalam apa jua bidang yang ditempohi selepas ini.

Ps : Chenta Creative Hijab adalah label / jenama isteri aku. :)