Wednesday, June 24, 2015

IBLIS BERUBAH MENJADI IKAN???

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Bulan-bulan puasa ni dikatakan syaitan dan iblis dibelenggu, tapi ada pula yang bertukar menjadi ikan bilis dan dijual di pasar raya.


Erm.. Bukan tu sebenarnya yang mahu diceritakan. Apa yang ingin disampaikan ialah tentang KETELITIAN. Inilah jadinya apabila pekerja tidak melakukan tugasan dengan teliti. Kan sudah tersilap. baik-baik namanya ikan bilis sudah tertukar dengan ikan iblis.

Kesilapan mungkin tidak disenggajakan, namun akibat dari kesilapan itu terpalitlah suatu imej yang kurang baik pada syarikat. 

Kesimpulannya, apapun pekerjaan yang kita lakukan, pelulah laksanakannya dengan teliti dan bertanggungjawab.

TAHAP KELAPARAN YANG BERBEZA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Bersyukur sangat kepada Allah SWT kerana tahap kelaparan aku berbeza bila masa hari biasa dan di bulan puasa iaitu bulan Ramadhan.

Kebiasaannya, kalau di hari biasa, tahap kelaparan memang lain macam. Masa bekerja, walau sudah sarapan pagi, tengah hari mesti makan. Kalau tidak memang menggigillah anggota badan. 



Lain pula di bulan Ramadhan, tahap kelaparannya tidaklah teruk sangat walaupun tidak makan sepanjang hari. Masih boleh rileks dan bertahan. Melainkan kalau terlepas bangun sahur, memang menggigil satu badan.

Alhamdulillah.. Secara peribadi, aku tiada masalah dalam mengerjakan ibadah puasa dan aku memang suka berpuasa. 

Sama-samalah kita mengerjakan ibadah puasa ini dengan sempurna dan moga ibadah kita ini diterima Allah SWT. Amin.

Tuesday, June 23, 2015

TIPS UNTUK MEMBELI KUIH RAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Zaman sekarang tak macam dulu. Semua orang nak senang. Kuih raya pun beli saja. Kalau dulu, dari pagi sampai ke nak masuk masa berbuka emak-emak kita sibuk menyiapkan kuih raya.

Oleh kerana ramai yang dah malas nak membuat kuih raya, sini aku tunjukkan sedikit tips untuk membeli kuih raya. Bukan banyakpun tipsnya, cuma satu je yang utama iaitu : 

"perlu pastikan kuih tu jenis kuih yang kita suka makan dan bukannya orang lain suka makan." 

Sebab apa? Sebabnya ialah supaya kuih itu habis dimakan dan tidak membazir. Kita ni, masa membeli tak ingat dunia. Semua kuih nak dibeli, semua kuih hendak dirasa. Akhirnya Syawal bertemu Syawal, kuih yang dibeli tak habis-habis kemudiannya dihumban ke tong sampah. Membazir namanya tu! (Huh! Macam pengalaman sendiri je ni)

Ooo.. ok., tu aje tipsnya. Rasa-rasa bermanfaat, boleh dibuat pedoman. Kalau tak, lupakan saja.

Bawah ni, kuih raya yang aku suka dan pasti akan dibeli sebab ia sedap dan buatan kakak aku. Hehehe... Selamat membeli belah kuih raya!