Monday, June 22, 2015

APA ITU EREZEKI?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.



Apa itu eRezeki? eRezeki adalah inisiatif Digital Malaysia yang bertuuan untuk menghubungkan golongan berpendapatan rendah dengan saluran pendapatan digital.

Dengan eRezeki, individu diberi latihan untuk melakukan tugasan digital yang bersesuaian dan menjadi sebahagian tenaga kerja digital bersaya saing. Tiada temuduga dan tiada yuran dikenakan.



Siapa yang layak? Yang layak untuk memohon ialah warga negera Malaysia yang berpendapatan isi rumah kurang RM4,000.00 sebulan. 

Bagaimana ia berfungsi?




Ini adalah peluang untuk rakyat Malaysia untuk mendapatkan pendapatan sampingan yang lumayan. Sekiranya layak, bolehlah mohon. Maklumat lanjut boleh layari eRezeki

Friday, June 19, 2015

ELAKKAN PEMBAZIRAN DI BULAN RAMADHAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMD S.A.W.

Tiba saja di bazaar Ramadhan, nak beli itu, nak beli ini. Tak cukup pegang dengan sebelah tangan, sebelah lagi juga penuh dengan barang makanan. Nasib baiklah tidak menggunakan mulut untuk menjinjit makanan yang dibeli.

Berapa banyak sangatlah kita boleh makan... Sebesar manapun perut kita, tak boleh nak sumbat makanan yang banyak. Kalau makanan dah tak boleh masuk lagi dalam perut, masing-masing duk tengok je makanan yang banyak terhidang di depan mata. 

Kononnya, nak simpan sehingga sahur. Akhirnya, tak juga habis. Jawabnya semua makanan tersebut akan "ditongsampahkan". Membazir bukan? 

Bertan-tan makanan dibuang setiap hari

Membazir itu bukankah amalan syaitan? Sudah bagus syaitan dibelenggu di bulan Ramadhan, kita pula yang nak menjadi seperti syaitan. 

Jadinya, sama-samalah kita menahan nafsu makan kita agar tidak membazir semasa membeli. Beli apa yang perlu sahaja dan cukup untuk keluarga.

Tipsnya senang saja, kenang kembali masa berbuka semalam, makanan habis tak? Kalau habis, maksudnya ia cukup dan tidak membazir. Kalau semalam makanan sudah ditongsampahkan, maksudnya telah berlaku pembaziran, dan seeloknya untuk berbuka pada hari seterusnya, tidak perlu untuk membeli itu dan beli ini di bazaar Ramadhan.

Wednesday, June 17, 2015

IMBUHAN TETAP PERUMAHAN NAIK DAN BONUS HARI RAYA


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Berita gembira bagi mereka yang bekerja dalam perkhidmatan awam apabila YAB. Perdana Menteri telah mengumumkan kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dari RM 180.00 ke RM 300.00 sebulan. Manakala yang menduduki kuarters kerajaan juga akan menerima 25% daripada kadar ITP yang diterima mereka. Bayaran ini akan bermula pada 1 November 2015.

Sumber gambar BH Online

Selain itu, YAB. Perdana Menteri juga mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM 500.00 kepada kakitangan awam gred 54 dan ke bawah untuk menyambut lebaran yang akan datang. Bayaran ini akan mula diberikan pada 25 Jun 2015.