Tuesday, June 16, 2015

BENARKAH SYAITAN DIBELENGGU PADA BULAN RAMADHAN?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Benarkah syaitan dibelenggu di bulan Ramadhan? Pernah suatu ketika dahulu terdengar ceramah Ustaz Kazim Elias dalam You Tube menyatakan bahawa di bulan Ramadhan, syaitan tidak dibelenggu sebaliknya manusia berlumba-lumba membuat kebaikan di bulan Ramadhan seolah-olah tertutup pintu kejahatan (syaitan).



Gambar sekadar hiasan


Merujuk pada tulisan Ustaz Zaharuddin dalam webnya pula menyebut : -

1. Sebahagian ulama berpandangan bahawa ia bermaksud ketidakmampuan syaitan menguasai orang yang berpuasa sebagaimana penguasaannya di luar bulan Ramadhan.

Al-Muntaqa Min At-Targhib Wa At-Tarhib, Al-Munziri dan Al-Qaradawi

2. Ada juga yang menyebut sebahagian jenis syaitan yang utama sahaja yang dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan Ramadhan. Walaubagaimanapun, sebenarnya ia adalah akibat dorongan nasfsu jahat yang telah lama terdidik dan terbiasa dengan ajakan syaitan. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang ke arah kejahatan walau di ketika syaitan utama dibelenggu.

Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Syeikh Atiyyah Saqar

Monday, June 15, 2015

9 AMALAN MEMAKSIMUMKAN PAHALA PUASA RAMADHAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Alhamdulillah.. Bulan Ramadhan akan hadir tidak beberapa hari lagi. Beruntunglah kita sekiranya dapat berjumpa dengan bulan Ramadhan pada tahun ini. Ada juga insan yang tidak dapat bersama Ramadhan pada tahun ini. 

Sumber gambar >> KLIK <<


Bersama-samalah kita saling ingat mengingati agar dapat menambah dan melipatgandakan amalan-amalan mulia di bulan Ramadhan. Di sini ingin dikongsikan beberapa amalan yang boleh kita lakukan untuk memaksimumkan pahala di bulan Ramadhan yang akan kita tempuhi tidak berapa hari lagi.

1. Berniat di dalam hati untuk berpuasa (pada waktu malam)

2. Bersahur di akhir malam (berdekatan dengan azan subuh)

3. Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa

4. Memperbanyakkan doa semasa berpuasa

5. Memperbanyakkan doa ketika hampir waktu berbuka

6. Mempercepatkan berbuka selepas masuk waktu Maghrib

7. Digalakkan untuk berbuka dengan beberapa biji kurma

8. Bersedekah untuk orang berbuka puasa

9. Menunaikan solat Terawih secara berjemaah 

Maklumat ini diambil dari web Ustaz Zaharuddin. Sama-samalah kita berkongsi kebaikan.

Thursday, June 11, 2015

SESEKALI MASUK SURAT KHABAR


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.


Huhu.. teruja gambar masuk surat khabar. Tapi bukan surat khabar nasional pun. Hanya surat khabar negeri je, iaitu surat khabar Melaka Hari Ini.

Berita ini bersempena lawatan akademik dari Liverpool John Moores University. Mereka datang ke Melaka untuk belajar tentang senibina bangunan warisan di Melaka. Bukan Melaka saja, mereka juga ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.