Friday, June 5, 2015

GEMPA BUMI DI RANAU, SABAH : ADAKAH SEBAGAI SATU BALASAN?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Setiap perbuatan yang salah pasti ada balasannya. Sama ada balasan itu hadir di kemudian hari mahupun balasan yang hadir dengan serta merta.


30 Mei yang lalu, Malaysia dikejutkan dengan sikap tidak tahu malu oleh beberapa pelancong asing yang dikatakan telah berbogel di Gunung Kinabalu. 

Hari ini pula, Ranau, Sabah telah mengalami gempa bumi sekuat 6.0 skala Richter yang juga merosakkan bangunan, jalan raya dan lain-lain kemudahan awam.


Dalam kepercayaan masyarakat setempat, Gunung Kinabalu merupakan tempat suci mereka. Dengan perbuatan sedemikian, mereka menganggap dengan berbogel di Gunung Kinabalu bererti pelancong tersebut tidak menghormati dan menghina tempat suci mereka.

Dalam agama Islam pula, perbuatan seperti ini memanglah dilarang sama sekali. Memperlihatkan aurat kepada orang adalah haram. Apatah lagi, dengan sengaja mendedahkan aurat untuk tujuan keseronokan.

Adakah gempa bumi ini satu balasan atau peringatan dari Yang Maha Kuasa demi untuk menyedarkan semua? 

Ya, mungkin akan ada yang berkata, mengapa orang lain yang lakukan kesalahan tetapi orang lain yang menanggung kesan yang sama perbuatannya itu? Lihat Tsunami di Acheh, beratus-ratus ribu orang yang mati. Adakah yang mati itu semua orang jahat? Pastinya tidak. Apa-apapun, hanya Allah Yang Maha Kuasa yang Maha Mengetahui.

Semoga perkara seperti ini tidak lagi berlaku di bumi Malaysia. Sama-samalah kita menambah amal ibadah dan bertaubat kepada Allah SWT. Bumi kita ini pun semakin hari semakin tua. Mungkin sudah tidak lama lagi Matahari pula terbit dari Barat.

Wallahuaklam.

Dikongsikan bersama gambar-gambar sekitar gempa bumi di Sabah yang diterima dari group Whatsapp..









Wednesday, June 3, 2015

WORDLESS : DON'T MESS WITH MELAKA








Thursday, May 28, 2015

CARA MERANGKA OBJEKTIF


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Objektif atau nama lainnya ialah matlamat. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka objektif boleh ditakrifkan sebagai "hanya mengenai hal atau pokok yang dibicarakan saja dan tidak termasuk pendapat atau prasangka sendiri"

Memikir sesuatu objektif kadangkala memerlukan kita mengambil masa yang lama. Mungkin kerana kurang ilmu, atau tidak tahu bagaimana nak membuat objektif. Bagi yang baru dalam membuat kertas kerja atau kertas cadangan, di sini disertakan tips mudah untuk anda membentuk sesuatu objektif.

Perkara pokok yang harus difikirkan ialah MASALAH. Dari masalah itulah yang akan membentuk suatu objektif. Sangat mudah. Ingat masalah, ingat objektif. Ingat objektif, ingat masalah.

Sebagai contoh :

MASALAH : Parkir kenderaan tidak mencukupi. 

OBJEKTIF

1. Memastikan parkir kenderaan mencukupi untuk kemudahan orang ramai. 

*****

MASALAH : Tidak cekap dalam melaksanakan tugas.

OBJEKTIF

1. Memastikan kakitangan yang tidak cekap dalam melaksanakan tugas diambil tindakan tegas.

2. Melahirkan tenaga kerja yang cekap dalam menjalankan tugas.

*****

MASALAH : Keuntungan jualan yang jatuh merudum.

OBJEKTIF :

1. Memastikan keuntungan syarikat meningkat 40% setahun.

2. Mengenalpasti punca-punca kemerosotan jualan syarikat.

*****

Cukup rasanya 3 contoh di atas untuk anda fahami. Namun perlu diingatkan, objektif perlulah boleh diukur dan dicapai. Di akhir projek / program perlulah membuat post mortem untuk memastikan objektif yang dirangka tercapai atau sebaliknya.

Sekian saja perkongsian hari ini.