Monday, April 20, 2015

GAMBAR SILAT SEMPENA FESTIVAL DAN PENGANUGERAHAN SENI SILAT NEGERI MELAKA 2015 (PART I)


Assalamualikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

* Gambar-gambar sekitar Festival dan Penganugerahan Seni Silat negeri Melaka 2015 yang diadakan di Perkampungan Hang Tuah, Duyong, Melaka pada 17 hingga 19 April 2015.

* Gambar jurufoto Perbadanan Muzium Melaka













Friday, April 3, 2015

KERANA CICAKMAN 3


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

7 tahun lamanya aku tak menonton wayang. Kalau tak silap, sejak dari tahun 2008 iaitu selepas aku berkahwin.

Kini anak-anak sudah membesar, sudah bolehlah membawa mereka menonton wayang. Kenalah dengan kesukaan budak-budak, aku pun membawa mereka menonton filem Cicakman 3.



Bolehlah tahan cerita ni. Budak-budak pun suka menontonya. Fahim dan Ainnur Afiah pun macam biasa saja, tak rasa kekok menonton dalam suasana gelap di panggung wayang.

Mungkin masa akan datang boleh menonton bersama lagi. Aku pula yang rasa teruja pasal dah lama sangat tak tengok wayang. 

Friday, March 27, 2015

BILA HATI PERLU DIRAWAT


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Masalah 'orang kita' adalah berasa SUSAH apabila melihat orang lain SENANG dan berasa SENANG apabila melihat orang lain SUSAH.

Contoh 1 : Seseorang telah mengecapi kejayaan dalam bidang yang diceburi. Maka, rakan yang lainnya agak berasa iri hati atas kejayaannya. Kalau boleh, nak sangat melihat orang tersebut jatuh.

Contoh 2 : Seseorang yang pernah mengecapi kejayaan tiba-tiba tersungkur dalam bidang yang diceburinya. Maka rakan yang lainnya berasa gembira dengan kejatuhannya itu.

Sekiranya kita ada sifat sedemikian, nyatalah kita mempunyai masalah hati. Dengan hal yang itu, perlulah kita rawat hati kita dengan menempatkan satu pemikiran yang positif di dalam diri kita ini. 

Selain itu, dekatkan diri dengan ALLAH S.W.T. dan banyakkan beristighfar.

Wallahuaklam.