Tuesday, March 3, 2015

JANGAN SAMPAI GILA BAYANG!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Ye... Jangan sampai gila bayang!!! Inilah tag line blog baharu aku yang bertajuk MENGEJAR BAYANG. sebenarnya gambar-gambar tu sudah ada dalam blog ni, tapi aku nak asingkan supaya ia hanya fokus pada gambar-gambar bertemakan bayang-bayang.


Sila-silalah berkunjung ke blog ni ya.

Terima kasih.

Monday, March 2, 2015

ASAL USUL NOMBOR


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Tahukah anda di mana asal usul nombor moden yang digunakan sekarang? Ia bukanlah berasal dari Barat, sebaliknya ia adalah pertukaran dari Timur ke Barat. Nombor-nombor moden ini dahulunya adalah nombor Arab. Ia adalah sebahagian daripada sistem perpuluhan yang telah diperhalusi di zaman Tamadun Muslim dan telah tersebar ke seluruh Eropah pada abad ke-10.

Nombor moden yang mengalami transformasi dari nombor Arab

Perkembangan nombor Arab dari abad ke-10 hingga abad ke-14 menunjukan bagaimana orang-orang Muslim telah meneraju dalam penciptaan nombor moden iaitu dari nombor 1 hingga 9 yang digunakan sehingga kini.

Bilangan sudut sepadan dengan bilangan nombor

Setiap nombor Arab dari 1 hingga 9 mengandungi sudut yang sepadan dan sudut itulah bilangan nombor dapat diperolehi. Contohnya; nombor 1 mempunyai 1 sudut, nombor 2 mempunyai 2 sudut dan seterusnya.

* Maklumat ini diperolehi dari pameran 1001 Inventions : Kegemilangan Tamadun Muslim yang sedang berlangsung di Bastion House, Bandar Hilir, Melaka bermula Februari hingga Jun 2015.

** Jumpa di sana... 

Wednesday, February 25, 2015

ABBAS IBN FIRNAS, MANUSIA PERTAMA TERBANG DI UDARA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Tahukah anda, penerbangan pertama adalah dibuat oleh seorang Muslim bernama Abbas Ibn Firnas? Hal ini tercatat di dalam sebuah buku bertajuk Al-Muqtabas yang dikarang oleh Ibn Hayyan pada abad ke-9 di Cordoba.


Kandungan buku ini menyatakan Abbas Ibn Firnas telah terbang dari atas bukit dengan menggunakan gelunsur angin yang dipasang di tangannya.

Kemudian, pada abad ke-11, Eilmer Malmesbury iaitu seorang paderi Inggeris telah cuba meluncur turun dari menara tetapi telah patah kedua-dua belah kakinya.

Pada abad ke-15 pula, Leonardo da Vinci telah melakar sebuah mesin penerbangan, namun beliau tidak pernah mencuba untuk membawanya terbang ke udara.

* Maklumat ini diperolehi dari pameran 1001 Inventions : Kegemilangan Tamadun Muslim yang sedang berlangsung di Bastion House, Bandar Hilir, Melaka bermula Februari hingga Jun 2015.

** Jumpa di sana...