Wednesday, December 17, 2014

SYARAT MATI!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Kita boleh mati bila-bila sahaja dari sekarang. Masanya sahaja kita tidak tahu. Mati bukanlah khas untuk orang yang tua atau sudah berumur, tetapi ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja tak kira berapa umurnya, di mana tempatnya..

Bukan sahaja manusia, haiwan dan tumbuhan juga akan mati.

Semuanya manusia akan mati. Sebab musababnya sahaja mungkin berlainan. Mungkin disebabkan penyakit, kemalangan, dibunuh dan sebagainya.

Justeru, kita hendaklah senantiasa mengingati mati kerana ia juga akan mendekatkan diri kita dengan Allah S.W.T.



Friday, December 12, 2014

DI MEDAN INI

 

Di medan ini,
pada ketika hajat tercapai,
nescaya aku genggam tangan-tangan yang hampir tewas,
menarik semula tangan-tangan itu,
biar bangkit,
biar sama-sama merasa kejayaan.

Akan tapi,
Kalau-kalau aku hampir jatuh,
sambutlah tanganku,
jangan sekali biarkanku jatuh,
kecut hatiku untuk jatuh di hujung sana.

Sebaliknya, 
jika tiada mampu menarik aku ke atas,
biarlah aku jatuh,
biarlah aku tewas,
biarlah aku gugur,
biarlah aku berseorangan,
tidakkan kutarik kalian turut gugur bersama,
kerana ia kegagalanku sendiri,
untuk bangkit.

F.B. Mamat
Bandar Hilir, Melaka
12 Disember 2014

Friday, December 5, 2014

PAMERAN STADTHUYS : WARISAN SEJARAH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Bagi peminat-peminat seni visual, bolehlah berkunjung ke Pameran Stadthuys : Warisan Sejarah yang diadakan di Balai Seni Lukis Melaka. 

Para pelukisnya terdiri daripada para pensyarah dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang telah bermula 5 November yang lalu dan akan berakhir pada 28 Disember 2014.

Apa lagi, jomlah beramai-ramai hadir untuk melawat ke pameran ini.


Ini bukan peserta Pencetus Ummah


Seputar di majlis perasmian


Riben menunggu untuk dipotong


Dirasmikan oleh YBhg. Datuk Wira Haji Hamdin Abdollah





Berikut beberapa sudut pameran dan lukisan-lukisan / arca yang dipamerkan.