Tuesday, December 2, 2014

BAUCAR PERCUMA DARI ZALORA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Alkisahnya, aku dapat baucar percuma dari Zalora bernilai RM XXX.XX bagi mempromosikan produknya di dalam blog ini. Boleh lihatnya di dalam entri >> INI << 

Inilah pertama kali aku dijemput oleh sebuah syarikat untuk mengiklankan produk mereka selain Nuffnang. Kira okaylah tu, buat entri, kemudian dapat baucar. 

Dapat saja baucar tu, apa lagi, jom le membeli belah. Dapatlah beli sepasang kasut dan 2 utas jam tangan. 


Jam ni bagi pada isteri.. 


Kasut ni pula sudah boleh bawa pergi kerja.


Ni jam Casio. Mungkin aku sudah tersilap, ini saiz perempuan. Tapi takpelah, aku bagi juga kat isteri. Huhu, sudah banyak jam tangan isteri aku. Baru-baru ni, ulang tahun hari jadinya juga aku belikan jam tangan. 

Monday, December 1, 2014

TROLL HARIMAU MALAYA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Masih terngiang-ngiang perlawanan antara Harimau Malaya dan Singapura dalam perebutan tempat ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2014 yang lalu. Alhamdulillah, Harimau Malaya menang walaupun menghadapai keadaan yang sukar apabila Singapura menyamakan kedudukan satu sama pada minit ke-83.



Bertuah sungguh Harimau Malaya apabila mendapat sepakan penalti dan berjaya disempurnakan oleh Syafiq Rahim A.K.A Chopot. Kedudukan pada itu menjadi 2 - 1.

Namun, kedudukan itu agak goyah ditambah pengadil memberi masa kecederaan selama 4 minit. Singapura pula terus mengasak gawang gol Harimau Malaya. 

Tapi malang bagi Singapura apabila Harimau Malaya menambah sebiji lagi gol apabila gawangnya terbuka luas tanpa penjaga gawang akibat daripada kelewatan penjaganya turun ke bawah setelah counter attack dari Harimau Malaya. Kedudukan menjadi 3 - 1 hasil jaringan Indera Putra.

Begitulah rentetan peristiwa kemenangan Harimau Malaya dalam pertemuan dengan Singapura tempoh hari. Namun, ia tidak habis di situ, perang troll di laman-laman maya terus membabitkan kedua negara, lebih-lebih lagi berkaitan penjaga gawang Singapura hingga menjadi lirik 'keeper di mana, keeper keeper di mana?"

Aku nak juga troll juga di Facebook, tapi disebabkan ramai sedara-mara aku duduk berasal dari Singapura, jadi aku control sedikit. Tapi hari ni aku rasa nak troll juga, Hehehe...


Salam 3 -1

PAMERAN SOLO MASS YUSOFF - WARNA-WARNA KEHIDUPAN 2




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Hari ini merupakan perasmian pameran Solo Mass Yusoff yang diadakan di Bastion House, Bandar Hilir, Melaka. Pameran ini dibuka kepada umum bermula 29 November 2014 sehingga 2 Januari 2015.

Kepada peminat-peminat seni visual bolehlah berkunjung ke pameran ini yang pastinya menarik. Di musim cuti persekolahan ini, sudah tentu ada yang berhajat untuk bercuti di Melaka. Jadi jangan lepaskan peluang untuk turut sama menyaksikan pameran ini.


@ Bastion House, Bandar Hilir, MELAKA




Ruang pameran


Mass Yusoff ketika memberikan ucapan semasa majlis perasmian









Antara hasil seni yang dipamerkan


Para kakitangan yang setia menyambut kehadiran para pelawat


Ini siapapun tak taulah...