Monday, December 1, 2014

TROLL HARIMAU MALAYA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Masih terngiang-ngiang perlawanan antara Harimau Malaya dan Singapura dalam perebutan tempat ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2014 yang lalu. Alhamdulillah, Harimau Malaya menang walaupun menghadapai keadaan yang sukar apabila Singapura menyamakan kedudukan satu sama pada minit ke-83.



Bertuah sungguh Harimau Malaya apabila mendapat sepakan penalti dan berjaya disempurnakan oleh Syafiq Rahim A.K.A Chopot. Kedudukan pada itu menjadi 2 - 1.

Namun, kedudukan itu agak goyah ditambah pengadil memberi masa kecederaan selama 4 minit. Singapura pula terus mengasak gawang gol Harimau Malaya. 

Tapi malang bagi Singapura apabila Harimau Malaya menambah sebiji lagi gol apabila gawangnya terbuka luas tanpa penjaga gawang akibat daripada kelewatan penjaganya turun ke bawah setelah counter attack dari Harimau Malaya. Kedudukan menjadi 3 - 1 hasil jaringan Indera Putra.

Begitulah rentetan peristiwa kemenangan Harimau Malaya dalam pertemuan dengan Singapura tempoh hari. Namun, ia tidak habis di situ, perang troll di laman-laman maya terus membabitkan kedua negara, lebih-lebih lagi berkaitan penjaga gawang Singapura hingga menjadi lirik 'keeper di mana, keeper keeper di mana?"

Aku nak juga troll juga di Facebook, tapi disebabkan ramai sedara-mara aku duduk berasal dari Singapura, jadi aku control sedikit. Tapi hari ni aku rasa nak troll juga, Hehehe...


Salam 3 -1

PAMERAN SOLO MASS YUSOFF - WARNA-WARNA KEHIDUPAN 2




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Hari ini merupakan perasmian pameran Solo Mass Yusoff yang diadakan di Bastion House, Bandar Hilir, Melaka. Pameran ini dibuka kepada umum bermula 29 November 2014 sehingga 2 Januari 2015.

Kepada peminat-peminat seni visual bolehlah berkunjung ke pameran ini yang pastinya menarik. Di musim cuti persekolahan ini, sudah tentu ada yang berhajat untuk bercuti di Melaka. Jadi jangan lepaskan peluang untuk turut sama menyaksikan pameran ini.


@ Bastion House, Bandar Hilir, MELAKA




Ruang pameran


Mass Yusoff ketika memberikan ucapan semasa majlis perasmian









Antara hasil seni yang dipamerkan


Para kakitangan yang setia menyambut kehadiran para pelawat


Ini siapapun tak taulah...

Tuesday, November 25, 2014

TIPS PENJAGAAN RAY BAN WAYFARER

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Wah.. Tips penjagaan kacamata! Ini merupakan tips khas yang dibawakan oleh KACAMATA RAY BAN WAYFARER khas untuk semua peminat-peminat kacamata RAY BAN.



Tidak seperti jenama-jenama pengeluar kacamata yang lain. RAY BAN merupakan jenama yang paling digemari ramai dan sering juga dipilih sebagai aksesori kegemaran selebriti-selebriti antarabangsa untuk tampil bergaya. Antara koleksi kacamata RAY BAN yang paling dikenali ramai adalah KACAMATA RAY BAN WAYFARER.

Namun, tahukan anda mengenai langkah-langkah penjagaan kacamata ini agar sentiasa berada dalam keadaan bersih dan tampak baru?



Rata-rata individu memakai kacamata ketika memandu kereta. Oleh yang demikian, pastikan anda tidak meletakkan kacamata tersebut di atas tempat duduk kerana dikhuatiri akan terduduk.



Jika anda ingin membersihkan kacamata anda daripada habuk atau menghilangkan kesan-kesan cap jari pada bahagian cermin, gunakan kain pembersih yang telah disediakan. Elakkan menggunakan kain yang kasar.



Pastikan anda sentiasa meletakkan kacamata anda ke dalam bekas yang telah disediakan untuk menghindari kesan calar pada kacamata anda.

Mudah bukan? Ikuti langkah-langkah penjagaan yang amat mudah ini untuk memastikan KACAMATA RAY BAN WAYFARER anda berada dalam kondisi yang terbaik.