Monday, November 17, 2014

SUBHANALLAH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Kebesaran ALLAH S.W.T. boleh dilihat dari setiap sudut kejadian yang berlaku di langit dan bumi. Agak mustahil kejadian-kejadian alam yang berlaku ini disebabkan secara semula jadi. Pastinya ada KUASA yang menyebabkan ianya berlaku. Tidak lain tidak bukan, itulah kekuasaan ALLAH S.W.T.


Apabila melihat keindahan alam ciptaan ALLAH ucapkanlah SUBHANALLAH (Maha Suci ALLAH) atau MASYAALLAH (ALLAH Maha Agong). 

Monday, November 10, 2014

CARA MEMBUAT JERUK ASAM BOI PALING SEDAP


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.


Aha!! Sebelum nak buat JERUK ASAM BOI, kenalah jolok buah mangga dulu. Lihat, betapa gigihnya aku menjolok buah mangga yang terdapat di hadapan rumah mak aku.

Sebelum ini, aku asyik ternampak orang lain paparkan gambar JERUK ASAM BOI di dalam Facebook. Dalam banyak-banyak makanan yang dipaparkan di Facebook, aku tak terasa terliur sangat, tapi kalau gambar JERUK ASAM BOI, memang terliur sangat. Dalam fikiran sudah terasa masam manisnya jeruk ni.

Baru-baru ni, ada juga aku beli JERUK ASAM BOI yang dijual oleh kawan aku di Facebook. Boleh tahan, sedap. Melihat pada jeruknya, tidaklah sesukar mana nak membuatnya, cuma rajin atau tidak sahaja.


Inilah ramuan-ramuan yang aku sediakan untuk membuat JERUK ASAM BOI :

1. Buah mangga muda (Jolok depan rumah mak)
2. Cili padi (petik kat belakang rumah mak sedara)
3. Asam boi (beli di kedai runcit kampung sebelah)
4. Gula pasir (Sedia terdapat dalam rumah mak)

Bukan susahpun nak membuatnya. Sudah siap memotong buah mangga, campurkan saja ramuan-ramuan tadi. Selepas itu, masukkan ke dalam balang plastik dan masukkan semalaman ke dalam peti sejuk. Kemudian, sudah boleh makan.


Beginilah rupanya JERUK ASAM BOI yang sudah dimasukkan ke dalam balang plastik. Masa ni aku dapat buat 3 balang. 1 balang aku bawa balik ke rumah dan 2 balang lagi aku tinggalkan di rumah mak aku. Siapa punya rezeki dapatlah merasa JERUK ASAM BOI buatan air tangan aku.

Huh!! Kalau baca tajuk entri, mana datang perkataan 'paling sedap' tu? Emm.. Tolong jangan pertikaikan.., memang aku dah rasa, JERUK ASAM BOI yang aku buat tu rasanya paling sedap dari yang lain. :)

Ini adalah NOT FOR SALE. Untuk makan sendiri-sendiri sahaja. Tolong jangan order atau minta aku jual benda ni. Hehehe...