Wednesday, August 27, 2014
Tuesday, August 19, 2014
PERANAN KUTIPAN DERMA DALAM KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Di dewan Meng Seng, Melaka itu terdapat lebih kurang 300 orang yang hadir untuk mendengar ucapan daripada Tunku Abdul Rahman dalam mesyuarat tergempar UMNO Malaya setelah kegagalan Tanah Melayu dalam rundingan untuk mendapatkan persetujuan Inggeris bagi mengadakan pilihanraya pada tahun 1955.
Dengan tekad untuk mengecap kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman terus berusaha untuk berunding dengan Inggeris di London. Namun apakan daya, dana yang diperlukan untuk Tunku ke London tidak mencukupi.
Bersaksikan dewan Meng Seng, seorang wanita dalam lingkungan usia 22 - 23 tahun, seorang ustazah dari Rembau, Negeri Sembilan yang juga bersuamikan seorang ustaz telah membuka gelang emas perkahwinan yang baru setahun dipakainya untuk didermakan bagi memberi dana untuk Tunku Abdul Rahman ke London. Beliau adalah Datuk Siti Rahmah binti Kassim yang juga dikenali sebagai Tokoh Gelang Kemerdekaan.
Dewan Meng Seng di Jalan Bendahara masih kekal sehingga kini |
Bertitik tolak dari itu, ramai yang berada di dalam dewan itu turut mendermakan barang kemas, wang dan jam tangan untuk mencukupkan dana untuk Tunku ke London untuk mengadakan perundingan kemerdekaan.
Kutipan derma tidak terhenti di situ, mereka telah pergi ke seluruh pelusuk negeri untuk mendapatkan dana. Derma yang disebut 'Derma Merdeka' ini mendapat sokongan rakyat jelata.
Walaupun rakyat Tanah Melayu pada ketika itu hidup dalam kemiskinan kerana cengkaman penjajah, namun mereka tetap memberikan sumbangan dalam menjayakan misi rundingan kemerdekaan Tunku Abdul Rahman. Antara bentuk sumbangan yang diberikan ialah padi, buah-buahan, pakaian dan getah keping yang kemudiannya dijual untuk didermakan ke tabung Derma Merdeka.
Pada 27 Julai 1955, setelah mendapat persetujuan dari Inggeris, pilihanraya pertama telah diadakan di Tanah Melayu. Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi.
Lantaran itu, pada Januari 1956 satu rombongan disebut 'Rombongan Kemerdekaan' yang diketuai oleh Tunku telah berangkat ke London bagi memulakan rundingan bagi mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Rundingan tersebut telah berjaya dan Inggeris bersetuju untuk memerdekakan Tanah Melayu.
20 Februari 1956, sekembali dari London, Tunku dan para Rombongan Kemerdekaan telah singgah ke Melaka. Mereka disambut oleh lebih 100,000 orang dari seluruh pelusuk tanah air bagi mendengar pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku.
Perarakan Tunku semasa pulang dari London |
Bersaksikan Padang Pahlawan, Bandar Hilir dan ratusan ribu rakyat, Tunku telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu iaitu pada 31 Ogos 1957.
Thursday, August 14, 2014
ADA APA DENGAN PERODUA AXIA?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Perodua melangkah setapak lagi dalam pengeluaran kenderaan. Kini, model terbaru yang bakal berapa di pasaran iaitu Perodua Axia.
Mari ketahui sedikit sebanyak tentang Perodua Axia :
1. Merupakan kenderaan cekap tenaga (EEV) yang pertama keluaran Malaysia.
2. Kenderaan jimat bahan api dengan jarak pemanduan 21.6 km / liter.
3. Harga serendah RM 24,900.00 hingga RM 45,300.00.
4. Terdapat 4 variant iaitu Standard E, Standard G, (SE) Special Edition dan (AV) Advance.
5. Penggunaan nama AXIA adalah diambil dari perkataan ASIA. Huruf X adalah merujuk kepada nombor 10 dalam angka Roman iaitu mewakili sebagai model ke-10 keluaran Perodua.
6. Your Smart Move merupakan slogan bagi Perodua Axia.
Kini ia dibuka untuk tempahan. sesiapa yang berminat tu, bolehlah kunjungi bilik pameran Perodua berdekatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)