Thursday, August 7, 2014

PEREMPUAN KABARET


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Entri ini bersifat ilmiah. Sudi-sudilah membacanya.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kerana keraguan ibu bapa zaman dahulu terhadap sistem pendidikan di Tanah Melayu, anak-anak perempuan tidak diberikan pelajaran yang sepatutnya. Ibu bapa lebih suka memberi pelajaran ilmu agama berbanding pelajaran sekular.

Oleh kerana kebimbangan anak-anak perempuan mereka bergaul bebas dengan kaum lelaki di sekolah dan kerisauan terhadap sekolah Inggeris yang diajar oleh para Mubaligh Kristian maka ibu bapa lebih gemar untuk tidak 'menyekolahkan' anak mereka. 

Hal ini menyebabkan anak-anak perempuan Melayu kurang berilmu, tidak berpelajaran lalu menyukarkan mereka untuk mendapat tempat dalam pekerjaan di sektor kerajaan. Bagi ibu bapa, adalah sudah cukup untuk anak-anak perempuan mereka dapat menjadi isteri yang baik kepada bakal suaminya.

Anak-anak perempuan dahulu kebiasaannya berkahwin di awal usia dengan menurut kehendak ibu bapa. Ada juga yang dipaksa berkahwin oleh ibu bapa, tanpa kerelaan dirinya. Juga tabiat ibu bapa dulu-dulu yang gemar menjodohkan anak-anak perempuan mereka walaupun masih kecil.

Kemelesetan ekonomi dunia pada tahun-tahun 1930-an turut dirasai di Tanah Melayu. Harga getah juga jatuh dengan begitu mendadak. Keadaan ini menyebabkan perempuan-perempuan Melayu mula hendak mencari kerja untuk menampung keluarga. Namun apakah pekerjaan yang boleh dilakukan kerana ketiadaan kelulusan untuk bekerja.

Pada waktu yang sama, kelab-kelab seperti kabaret dan ronggeng banyak dibuka seperti cendawan tumbuh selepas hujan terutamanya di Negeri-negeri Selat. Peluang untuk perempuan-perempuan cantik bekerja terbentang luas.

Perempuan-perempuan Melayu mula pergi ke pekan dan bandar untuk mencari pekerjaan. Mereka yang mempunyai wajah rupawan dan pandai menari mula menceburkan diri dalam dunia kabaret. Mendapat upah dengan melayan lelaki-lelaki menari sambil menghiburkan diri. 


Gambar sekadar hiasan. Sumber >> KLIK <<


Namun, ia tidak terhenti setakat melayan kaum lelaki menari sahaja, ada sebilangannya mula melayan hawa nafsu lelaki dengan menjadi pelacur. Statistik bagi Negeri-negeri Selat ada menunjukan terdapat beberapa orang perempuan Melayu yang menjadi pelacur pada tahun-tahun tersebut. 

Kesimpulannya, walaupun taraf pendidikan mungkin menjadi penyebab mengapa perempuan-perempuan dahulu mula bertugas di kabaret, tetapi ia sepatutnya tidak menjadi penyebab utama. Orang-orang dahulu mempunyai adab dan kesopanan yang tinggi, mendidik anak-anak dengan didikan agama dan sepatutnya bertugas di kabaret bukanlah penyelesaian untuk membaiki ekonomi rumah tangga.

Thursday, July 24, 2014

JANGAN MAIN SALAM JE HARI RAYA NANTI YE...


Assalamualaium dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi. Sikap saling kunjung-mengunjung, salam-menyalam dan saling bermaafan pastinya menjadi aktiviti utama di hari raya kelak.

Namun...

Janganlah kita bersalam-salaman tanpa memikirkan hukum yang terkandung di dalam Islam. Bersalamanlah dengan mahram dan elakkan bersalaman dengan bukan mahram. Bak kata seorang ilmuan :

"Sekiranya kita terpegang babi, boleh disamak, tapi sekiranya bersalaman dengan bukan mahram, berdosa dan perlu bertaubat"

Jom lihat, siapakah mahram dan bukan mahram kita yang boleh kita bersalaman dan bergaul. Rujukan gambar >> KLIK <<

Klik untuk tumbesaran sempurna

Klik untuk tumbesaran sempurna

Huhu.. Nampak macam boleh salam, sebab sudah terbiasa. Rupa-rupanya tak boleh salam. Jadi, sebarkan kebaikan ini. Selamat beramal.

Wednesday, July 23, 2014

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1435 H


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Tak salah rasanya nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin awal-awal ni kan.. Bukan apa, takut tak sempat saja nak tulis entri lagi kerana sudah nak dekat raya.

Kepada semua sahabat-sahabat bloggers yang hanya berkomunikasi di alam maya, aku susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya tulisan aku selama ini ada menyentap atau menyakitkan hati kalian.

Kepada yang memandu pulang ke kampung, berhati-hatilah ketika memandu kenderaan. Semoga selamat sampai ke destinasi yang ditujui.