Friday, June 13, 2014

JANGAN LAKUKAN INI DI FACEBOOK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD SAW.



Zaman sekarang, macam-macam perkara kita nak kongsikan di Facebook. Mungkin baik bagi kita, tapi mungkin tidak baik pula bagi orang lain. Mungkin juga ia membuka peluang kepada orang lain untuk mengambil kesempatan pada diri kita.

Setelah dibuat pemerhatian dari beberapa aspek termasuk agama, keselamatan dan sebagainya, berikut merupakan perkara-perkara yang perlu kita elakkan untuk berkongsi di Facebook :

1. Mengongsikan gambar yang tidak menutup aurat.

Aurat bukan bermaksud tidak memakai tudung, tetapi ia lebih daripada itu. Berpakaian ketat sehingga menampakkan susuk badan juga adalah tidak menutup aurat. Memakai tudung tetapi memakai baju lengan pendek juga adalah mendedahkan aurat. 

Jadi, hindarkanlah dari mengongsikan gambar sebegini kerana yang melihatnya bukan anda sahaja, bukan rakan anda sahaja, malahan seluruh dunia boleh melihat gambar anda.

Lelaki juga harus menjaga batas auratnya, bukan sahaja untuk perempuan.

2. Jangan kemaskini status untuk meninggalkan rumah / suami tiada di rumah.

"Suami out-station seminggu, tinggal seorang je kat rumah", "bercuti ke Bali seminggu, rumah takde orang nak jaga". Tahukah bahawa status-status sebegini di Facebook mampu membuka peluang kepada orang-orang 'jahat' untuk mengambil kesempatan pada diri kita. 

Mungkin akan berlakunya kes cabul atau rogol mahupun kes pecah rumah kerana kealpaan kita sendiri memecahkan 'rahsia' keadaan rumah kita di Facebook. Jadi, hindarkanlah dari menulis status berunsur sedemikian bagi mengelakkan perkara buruk berlaku.

3. Jangan suka mengongsi berita / maklumat yang tidak pasti.

Sekarang ini, bermacam-macam berita / maklumat yang boleh di dapati di dalam Facebook yang dikongsikan oleh pihak tertentu. Namun, kesahihannya perlulah dipastikan sebelum kita ingin berkongsikannya.

Berkongsi berita / maklumat yang tidak benar boleh mendatangkan fitnah. Cuba bayangkan, berapa ramai yang membacanya. Bukan seorang dua, mungkin beribu-ribu orang yang membacanya dan mungkin mempercayainya. Bukankah itu satu subahat dengan menyebarkan fitnah.

Kalau orang sudah tegur jangan pula berkata "Eh, aku kongsikan aje.." Jadi, sebelum mengongsi, perlu dipastikan kesahihannya dahulu!!

4. Menghina orang lain.

Ini sudah biasa sangat terjadi di dalam Facebook, lebih-lebih lagi bagi arena politik. Perdana Menteri, Menteri, Ulama, Ustaz ramai yang dihina dalam Facebook. Bermacam-macam cara, jangan tersilap cakap saja, mesti jadi 'bahan'. 

Bayanglah di padang Masyar nanti, terdapat berbilion-bilion orang. Kelak macam mana kita nak memohon maaf kepada orang yang pernah kita hina, caci, maki, umpat di Facebook. Dalam kepanasan matahari yang begitu hampir dan dengan keadaan merangkak-rangkak, agak-agaknya berapa lama kita baru berjumpa dengan orang tersebut untuk memohon maaf.

5. Mengongsikan ayat Al-Quran / Hadith palsu.

Memang banyak orang mengongsikan hal berkaitan agama di Facebook, namun kita perlu berhati-hati dan perlu memastikan kesahihannya dulu sebelum menerima dan mengongsikan ke Facebook.

Janganlah apabila kita terima ayat Al-Quran / Hadith sahaja, kita terus kongsikan di Facebook. Sekiranya kita benar faham, bolehlah kongsikan. Sekiranya tidak, tidak perlulah dikongsikan.

Adab menuntut ilmu haruslah berguru. Kalau tidak berguru takut sesat pula nanti. Facebook juga boleh menyesatkan kerana tidak mustahil terdapat ektrimis agama lain yang cuba menjadikan Facebook untuk menyesatkan umat Islam. 

Cukuplah 5 perkara ini sahaja. Mungkin banyak lagi perkara tidak harus kita kongsikan di dalam Facebook, namun buat masa ini cukuplah hanya 5 perkara yang dapat dijelaskan. 

Kesimpulan bagi apa yang dinyatakan di sini >> FIKIR DULU SEBELUM MENULIS / MENGONGSI STATUS FACEBOOK <<

RAMALANKU BENAR BELAKA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Awal pagi tadi sempat aku menyaksikan perlawanan pembukaan antara Brazil dan Croatia. Astro kat rumah aku memang tak ambil siaran sukan, jadi aku layan bola sepak dengan menggunakan live streaming. Kira okaylah live streaming tu, walaupun ada tersangkut-sangkut tapi tak seteruk mana.



Masa perlawanan baru nak bermula, aku kemaskini status di salah satu Facebook Fan Page seperti ini :

Brazil vs Croatia
Your prediction?

Admin : Brazil 3 Croatia 1

#worldcupfifa2014

Aku layan bola pun sekejab mata terbuka, sekejab tertutup. Masa kedudukan 2 - 1 memang aku masih lagi menonton, kemudian tertidur. Kemudian sedar kembali keputusan sudah 3 - 1.

Wah.. Betullah tekaan aku. Amacam, hebat tak? :)


Ps : Jangan samakan aku dengan unta atau lain-lain haiwan yang boleh meramalkan keputusan bola sepak.

JADUAL PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL (WAKTU MALAYSIA)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Aku pun bukannya hafal semua jadual perlawanan Piala Dunia 2014 ni. Jadi aku Google untuk mengetahuinya. Bila dah dapat, aku pun nak kongsikannya. Moga dapat manfaat bagi mereka yang meminati sukan bola sepak.





JUMAAT (13 JUN 2014)

Kumpulan A
4.00 pagi Brazil lawan Croatia

SABTU (14 JUN 2014)

Kumpulan A
12.00 malam Mexico lawan Cameroon

Kumpulan B
3.00 pagi Spain lawan Netherlands
6.00 pagi Chile lawan Australia

AHAD (15 JUN 2014)

Kumpulan C
12.00 malam Columbia lawan Greece
9.00 pagi Ivory Coast lawan Japan

Kumpulan D

3.00 pagi Uruguay lawan Costa Rica
6.00 pagi England lawan Italy

ISNIN (16 JUN 2014)

Kumpulan E
12.00 malam Switzerland lawan Ecuador
3.00 pagi France lawan Honduras

Kumpulan F
6.00 pagi Argentina lawan Bosnia-Herzegovina

SELASA (17 JUN 2014)

Kumpulan F
3.00 pagi Iran lawan Nigeria

Kumpulan G
12.00 malam Germany lawan Portugal
6.00 pagi Ghana lawan USA

RABU (18 JUN 2014)

Kumpulan H
12.00 malam Belgium lawan Algeria
6.00 pagi Russia lawan Korea

Kumpulan A
3.00 pagi Brazil lawan Mexico

KHAMIS (19 JUN 2014)

Kumpulan A
6.00 pagi Cameroon lawan Croatia

Kumpulan B
12.00 malam Australia lawan Netherlands
3.00 pagi Spain lawan Chile

JUMAAT (20 JUN 2014)

Kumpulan C
12.00 malam Colombia lawan Ivory Coast
6.00 pagi Japan lawan Greece

Kumpulan D
3.00 pagi Uruguay lawan England

SABTU (21 JUN 2014)

Kumpulan D
12.00 malam Italy lawan Costa Rica

Kumpulan E
3.00 pagi Switzerland lawan France
6.00 pagi Honduras lawan Ecuador

AHAD (22 JUN 2014)

Kumpulan F
12.00 pagi Argentina lawan Iran
6.00 pagi Nigeria lawan Bosnia-Herzegovina

Kumpulan G
3.00 pagi Germany lawan Ghana

ISNIN (23 JUN 2014)

Kumpulan G
6.00 pagi USA lawan Portugal

Kumpulan H
12.00 malam Belgium lawan Russia
3.00 pagi Korea lawan Algeria

SELASA (24 JUN 2014)

Kumpulan A
4.00 pagi Cameroon lawan Brazil
4.00 pagi Croatia lawan Mexico

Kumpulan B
12.00 malam Australia lawan Spain
12.00 malam Netherlands lawan Chile

RABU (25 JUN 2014)

Kumpulan C
4.00 pagi Japan lawan Colombia
4.00 pagi Greece lawan Ivory Coast

Kumpulan D
12.00 malam Italy lawan Uruguay
12.00 malam Costa Rica lawan England

KHAMIS (26 JUN 2014)

Kumpulan E
4.00 pagi Honduras lawan Switzerland
4.00 pagi Ecuador lawan France

Kumpulan F
12.00 malam Nigeria lawan Argentina
12.00 malam Bosnia-Herzegovina lawan Iran

JUMAAT (27 JUN 2014)

Kumpulan H
4.00 pagi Korea lawan Belgium
4.00 pagi Algeria lawan Russia

Kumpulan G
12.00 malam USA lawan Germany
12.00 malam Portugal lawan Ghana