Monday, June 2, 2014

MUG MILO PERCUMA DI MAJLIS KAHWIN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Hari Sabtu lepas (31 Mei 2014), aku telah menghadiri majlis perkahwinan sepupu di Dewan PERHEBAT, Kem Sungai Buloh. Majlis yang agak meriah dengan kehadiran sanak saudara. Biasanya dalam majlis perkahwinan, kami akan buat secara gotong royong, tapi kali ini agak relax sedikit kerana menggunakan khidmat caterer.

Bersanding kali kedua selepas kali pertama pada tahun 2008

Semasa aku sampai di dalam dewan, aku duduk bersama saudara-mara. Setelah selesai makan, sepupu aku dari Singapura telah memberikan aku 'hadiah' berupa mug MILO. Hehe.. Betapa sukanya aku. Sepupu aku tu memang tahu aku ni seorang pengumpul MILO. Jadi, kalau dia datang ke sini, biasanya akan memberikan barangan MILO kepada aku. 

Malas nak cerita banyak.., layan saja gambar mug MILO yang baru masuk dalam koleksi MILO aku..





Friday, May 30, 2014

SIBUK TAPI PUAS


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Dari awal bulan April hingga ke hari ini, tugasan di pejabat memang teramat sibuk. Kerja yang benar-benar kerja sehingga merasakan tidak cukup masa untuk menyiapkan kerja. Terpaksa datang bertugas walaupun pada hujung minggu.

Urusan kerja yang sibuk ini akan berterusan sehingga ke bulan Jun ini. Selepas itu, aku merasakan akan dapat bernafas seperti biasa.

Kerja seperti pengurus acara. Pelbagai program perlu dilaksanakan. Dari satu ke satu. Dari kos hanya beribu hingga ke berpuluh ribu. Kadangkala stress. Selagi program belum dilaksanakan, selagi itu perasan risau hadir. Bos pula jenis yang mahukan kesempurnaan yang tertinggi. Silap sedikit memang kena hambur.



Namun, aku puas. Puas dengan hasil kerja keras sendiri bersama teman-teman lain. Salah silap boleh diperbaiki. Kena marah, biasalah, bos memang dah perangainya suka marah. 

Ok.. Itu saja luahan.. Jemput like page ni  >> KLIK <<

Saturday, May 17, 2014

MAKAN BERSUAP


Makan, makan, makan,
nafsu makan meluap-luap,
makan, makan makan bersuap,
menyuap mulut si pelahap,
habis sesuap mohon lagi disuap,
makan, makan, makan,
ikan bilis, ikan jerung habis disantap,
berbilas oren bukannya sirap,
darah daging menjadi kurap.

Makan, makan, makan,
nafsu makan meluap-luap,
tubuh keding menjadi tegap,
halal haram jadi penyedap, 
anak, bini juga santap.

Makan, makan, makan,
nafsu makan meluap-luap,
esok lusa jangan tersentap,
menyepi diri dalam lokap.

F. B. Mamat
17 Mei 2014
Bukit Katil, Melaka