Thursday, April 3, 2014

CERITA DULU... MASA DIA BERUMUR 3 TAHUN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Semalam buat entri pasal hasil seni. Hari ini teringat pula kisah lalu tentang anakku Muhammad Fahim yang menghasilkan suatu seni yang aku sendiri amat kagum. 

Masa itu Muhammad Fahim berusia 3 tahun. Kejadian berlaku pada tengah malam. Dia tersedar dari tidur dan sukar untuk tidur semula. Aku yang berjaga pada waktu itu, memberikan warna, berus dan kertas lukisan dan hasilnya...........









Terhasillah satu lukisan abstrak yang lahir dari pemikiran dan kreativiti seorang kanak-kanak. Kini, lukisan itu sudah siap dibingkaikan dan sudah lebih 3 tahun tergantung di rumah aku. Kalau orang kata "jual ke?", oh tidak, lukisan ni bukan untuk dijual. Biar ia menjadi kenangan buat selama-lamanya.

Ha.. Yang bawah ini siapa berminat, saya akan jual. 


Title : Untitled
Medium : Acrylic
Size : 21 x 21 inch
Size with frame : 29 x 29 inch
Price : RM ***,**.00

Wednesday, April 2, 2014

HASIL SENI PERTAMA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Mula-mula buka galeri gambar di telefon bimbit untuk mencari gambar untuk membuat entri wordless. Tapi bila ternampak gambar ini, rasa macam tak jadi nak buat entri wordless, nak juga ceritakan serba sedikit.



Inilah hasil seni yang pertama dapat dijual. Tajuk yang aku beri pada lukisan ini ialah The Spinning 9 Balls. Pembelinya seorang berjawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Bukan ini saja, beliau ada membeli sebuah lagi hasil seni aku yang bertajuk One And Only

Sebenarnya gambar-gambar hasil seni yang aku buat pernah dipaparkan dalam blog ini, tetapi disebabkan sedikit masalah teknikal, banyak juga gambar-gambar dalam blog aku ini telah hilang.

Gambar di atas adalah semasa aku menghantar lukisan tersebut ke rumahnya. Masa itu beliau baru berpindah ke rumah baharu. Berasa terharu juga kerana hasil seni aku menjadi salah satu objek yang dipamerkan di ruang rumah beliau.

Tapi sekarang, aku sudah agak kurang melukis. Entah mengapa seperti tiada masa. Bukan melukis sahaja, hobi mengumpul barangan Milo pun sudah agak sepi. Tapi baru-baru ini ada juga barangan Milo baharu yang aku baru dapat, cuma belum sempat dipaparkan dalam blog ini. 

Monday, March 31, 2014

GARIS, ALOR DAN BENTUK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Pameran Solo terbaru yang berlangsung di Bastion House, Bandar Hilir, Melaka. Tajuknya Garis, Alor dan Bentuk. Pelukisnya pula seorang Ambassador iaitu Dato' Mohd Yusof Ahmad.

Ada beberapa gambar lukisan untuk tatapan. Sedikit saja, kalau nak lihat lebih banyak lukisan, datanglah melawat ke pameran ini. Oh.. ya! Ia berlangsung dari 22 Mac hingga 22 April 2014.

Maaf, tiada caption. Layan saja gambarnya.