Sunday, February 23, 2014

APABILA TUTUP BOTOL MENJADI BUNGA!!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Tutup botol dah banyak disimpan. Ada yang cari sendiri, ada juga yang pasang kaki untuk mencarinya. Aku bayar orang yang mencari tutup botol RM10.00 untuk 50 biji. Banyak tak aku bayar? 

Baru-baru ni aku menghasilkan 2 kuntum bunga siap dalam pasu hasil daripada penutup botol. Cuma yang ni, belum dibingkaikan lagi. Mungkin esok atau lusa aku akan menghantar untuk membingkaikannya.


Ini baru permulaan. Harapnya hobi begini dapat aku teruskan. Agak cemburu aku lihat hasil seni dengan menggunakan penutup botol yang dibuat oleh orang Barat yang begitu menarik sekali. Kalau korang nak tengok hasil mereka, bolehlah Google "Arts of Bottle Caps".

Ada yang terlepas untuk melihat hasil penutup botol aku yang pertama? Boleh klik di >>SINI<<

Thursday, February 20, 2014

BUAH CIKU


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.



Rasanya dah berbelas tahun aku tak makan buah ciku hingga terlupa bagaimana rasanya. Semalam dapat aku makan buah ciku yang dipetik dari rumah abang aku hujung minggu yang lalu.

Kebetulan hujung minggu yang lalu abang aku membersihkan belakang rumahnya yang dengan mencantas pokok-pokok tumbuhan yang ada, aku pun tolonglah juga, alang-alang dah pergi sana. 

Pokok buah ciku antara pokok yang dicantas kerana dahan-dahannya sudah meninggi. Lepas mencantas, aku dan sedara mara yang lain memetik buah ciku, yang mana yang besar-besar ditaruk dalam bakul. 

Ni dah 4 hari diperam, sudahpun masak. Dapatlah aku merasa buah ciku. Aku berilah juga beberapa biji pada jiran sebelah rumah.

Buah ciku ni mungkin tidak popular sepertimana buah-buah yang lain. Dalam survey ringkas aku di Facebook, terdapat ramai juga orang yang dah lama malahan bertahun-tahun (seperti aku) tak makan buah ciku.

Agaknya korang pulak bagaimana? Biasa makan buah ciku?

Tuesday, February 18, 2014

OH! LAYANG-LAYANG


Layang-layang menongkah arus,
terbangnya tinggi,
mengapai awan nan putih kapas,
langit membiru idaman kalbu,
berkawan sang beburung maha hebat.

Sayup-sayup menoleh ke tanah,
namun tetap meninggikan diri,
apa perlu dilihat ke bawah,
sedang diri sudah jauh di atas,
mari terus menongkah arus,
agar jelas langit nan biru.

Layang-layang menongkah arus,
terbangnya terus jauh meninggi,
andai ada yang melawan,
terus dicantas,
benang kaca rahsia sulit,
didatang lawan terus membelit,
nah! rasakanlah...

Terus menongkah arus,
langit biru hampir digapai,
namun sayang benangnya terputus,
dihembus angin datang melintang,
layang-layang melayang tanpa haluan,
ke kiri ke kanan,
hilang lenyap dari pandangan.

F.B. Mamat
18 Februari 2014
Bukit Katil, Melaka