Friday, January 10, 2014

KEEP CALM


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Permulaan awal tahun yang agak menyibukan dengan tugas-tugas seharian di pejabat. Ditambah lagi dengan tugasan 5S dan mengaudit ISO, huh, agak tidak cukup tangan (konon-konon).

Bukan itu saja alasannya, kekeringan idea untuk menulis juga merupakan salah satu faktor mengapa blog ini seakan tidak terusik, malah aku macam dah malas nak pandangnya. Hehe..

So, apa yang boleh aku katakan......



Namun.. Blog kawan-kawan tidak aku lupakan. :)

Saturday, January 4, 2014

BUNGA DAN TAHI


Duhai insan-insani,
andai dilemparkanku tahi,
nescaya akanku balas dengan bunga,
bunga-bungaan nan mekar segar dari taman,
semekar bungaan di taman larangan.

Ahh... Itu hanyalah tahi,
dicuci kelak, kembali suci.

Andai terus dilempar tahi,
usah lupa membalas bunga,
bunga-bungaan tetap diberi.

Dulunya sejambak,
kini cukuplah sekuntum dua,
dulunya si putih melati,
kini sekadar mawar berduri,
dulunya harum semerbak,
kini tengik bak bunga tahi ayam,
Nah! pilihan di tangan sendiri.

Kita tidak seteguh nabi Allah Muhammad,
dilempar batu,
berdarah kaki,
tetap berdiri,
medan dakwah terus didaki,
menegak Islam hingga kini.

Ya Allah.. 
teguhkan hati ini,
seteguh akhlak mulia nabi Allah Muhammad,
agar dapatku meniti,
hari-hari saban menguji.

F.B. Mamat
4 Januari 2014
Bukit Katil, Melaka

Friday, January 3, 2014

RAPATKAN SAF


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Rapatkan saf...

Rapatkan saf...

Rapatkan saf...

Begitulah setiap kali imam akan memberitahu kepada makmum sebelum sembahyang berjemaah dimulakan. Namun, antara kita dengar atau tidak, tahu atau tidak, faham atau tidak, kita tetap alpa dan lalai untuk tidak merapatkan saf. 

Apa salahnya merapatkan saf dengan bahu bertemu bahu, siku bertemu siku, kaki bertemu kaki. Sebilangan kita hanya tahu mahu selesa, bersolat umpama sendirian, jauh berjengkal-jengkal dari makmum yang lain. Sedangkan dengan merapatkan saf itu sendiri merapatkan ukhwah dan kasih sayang antara sesama Islam. 

Sumber gambar >> KLIK <<

Aku tidak mahu bercerita pasal hukum merapatkan saf, kerana masih mencari-cari hadith yang sahih, namun apa yang aku tahu ia dituntut kita melakukannya. Kalau tak masakan berkali-kali imam memberitahu kepada makmum untuk merapatkan saf.  

Ayuhlah muslimin dan muslimat, kita rapatkan saf.