Monday, January 13, 2014

KAIN KOYAK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.AW.

Budak Umur 5 tahun : Eh! akak tu pakai kain koyaklah.

Budak umur 6 tahun : A'ah lah.. Akak tu pakai kain koyak.

Budak umur 5 tahun : Panjangkan kain akak tu koyak. Dia tak nampak ke?

Budak umur 6 tahun : Eh! Ni bukan koyaklah. Saya baru ingat. Ini orang panggil fesyen. Tapi akak tu tak malu ke?

*****

Inilah perbualan antara 2 orang budak kecil yang aku terdengar perbualannya. Budak kecil bercakap, mana nak toleh kiri, kanan. Mana tau ianya sensitif ke ape.. Bukan dia berborak 2 orang saja, tapi disekelilingnya juga turut mendengarnya. Kita yang duduk disebelah ni pula dipandang lain macam, kononnya kita pula yang mengata. 

Ya.. Memang kainnya koyak. Sangat koyak rabak. Bukan koyak yang tidak disengajakan, tetapi koyak yang disengajakan. Ini bukan setakat nampak betis, tetapi dah nak nampak pangkal peha. Bukan koyaknya di belah belakang, tetapi koyaknya di belah depan. Pergh.. Hebat kan?

Maaf.. Gambar tidak dapat disertakan.

Friday, January 10, 2014

KEEP CALM


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Permulaan awal tahun yang agak menyibukan dengan tugas-tugas seharian di pejabat. Ditambah lagi dengan tugasan 5S dan mengaudit ISO, huh, agak tidak cukup tangan (konon-konon).

Bukan itu saja alasannya, kekeringan idea untuk menulis juga merupakan salah satu faktor mengapa blog ini seakan tidak terusik, malah aku macam dah malas nak pandangnya. Hehe..

So, apa yang boleh aku katakan......



Namun.. Blog kawan-kawan tidak aku lupakan. :)

Saturday, January 4, 2014

BUNGA DAN TAHI


Duhai insan-insani,
andai dilemparkanku tahi,
nescaya akanku balas dengan bunga,
bunga-bungaan nan mekar segar dari taman,
semekar bungaan di taman larangan.

Ahh... Itu hanyalah tahi,
dicuci kelak, kembali suci.

Andai terus dilempar tahi,
usah lupa membalas bunga,
bunga-bungaan tetap diberi.

Dulunya sejambak,
kini cukuplah sekuntum dua,
dulunya si putih melati,
kini sekadar mawar berduri,
dulunya harum semerbak,
kini tengik bak bunga tahi ayam,
Nah! pilihan di tangan sendiri.

Kita tidak seteguh nabi Allah Muhammad,
dilempar batu,
berdarah kaki,
tetap berdiri,
medan dakwah terus didaki,
menegak Islam hingga kini.

Ya Allah.. 
teguhkan hati ini,
seteguh akhlak mulia nabi Allah Muhammad,
agar dapatku meniti,
hari-hari saban menguji.

F.B. Mamat
4 Januari 2014
Bukit Katil, Melaka