Thursday, January 2, 2014

LAA.... DAH TAHUN BARU KE?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI.Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Dah masuk 2 haribulan baru teringat nak ucapkan Selamat Tahun Baru. So, dalam tempoh yang dah terlewat ni, aku mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua penulis blog yang biasa bertandang ke blog aku ni. Kepada yang secara tak sengaja bertandang ke blog ini juga diucapkan Selamat Tahun Baru. 

Semoga tahun 2014 ini, kita terus memperbaiki diri untuk terus cemerlang, gemilang dan terbilang dalam mengejar dunia dan akhirat. :)


Wednesday, January 1, 2014

AYUH MELAYU!! JANGAN TAKUT MENIAGA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Sejak aku dan isteri mula berniaga dengan membuka Butik Chenta Creative, aku telah beberapa kali menyertai jualan-jualan di luar sama ada di karnival, pesta dan sebagainya. Walaupun kadangkala jualan yang tidak menemui sasaran, ada juga jualan yang amat memberangsangkan.

Semasa menyertai jualan-jualan luar, maka ramailah kenalan-kenalan peniaga yang aku temui dan kenali. Pelbagai tip dan pengalaman dikongsi bersama. Aku rasakan, sebenarnya peniaga-peniaga Melayu ini tidak kurang hebatnya. 

Orang Melayu sebenarnya perlu lebih berani. Berani mencuba meniaga sepertimana kaum lain berniaga. Kita perlu berani memasuki pasaraya-pasaraya walaupun sewanya sememangnya menjangkau ribuan ringgit. 

Dalam 2,3 orang peniaga yang aku kenal, benda yang sama mereka berkata tentang 'jangan takut untuk masuk meniaga di pasaraya'. Kalau ada produk yang hebat, sewalah kedai / kiosk di pasaraya, kerana di sana kuasa membeli pengguna adalah tinggi. Pengguna datang untuk berbelanja. Insha Allah, kalau kena dengan gayanya, memang akan memperoleh untung yang tinggi. 

Kalau gagal sekalipun, bukannya kita akan gagal buat selama-lamanya. Perlu kembali mengenalpasti punca kegagalan. Kalau produk merupakan puncanya, kita boleh mencari produk terbaru untuk dijual. Kalau gagal lagi, terus cuba dan terus mencuba sehingga menemui kejayaan. Sebenarnya kegagalan itu merupakan pengajaran dan ilmu yang paling penting sebelum menemui kejayaan.




Kalau memang tak mampu untuk menyewa kedai / kiosk di pasaraya sekalipun, cubalah meniaga walaupun hanya meniaga nasi lemak pagi-pagi di tepi jalan. Ketahuilah bahawa orang yang meniaga nasi lemak di tepi jalan menerima pendapatan setiap hari berbanding kita yang bekerja makan gaji. 

Namun, sekarang sebenarnya orang kita memang sudah banyak menyedari tentang beruntungnya berniaga. Kini sudah ramai orang Melayu meniaga, tak macam dulu di mana kebanyakkannya orang Cina.

Ayuhlah Melayu, terutama lepasan universiti. Jangan hanya mengharapkan pekerjaan di sektor kerajaan. Sekiranya, memang tiada rezeki dalam bidang pekerjaan, cubalah mulakan perniagaan. Bak kata pepatah, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Tuah ayam nampak di kaki, tuah kita siapa yang tahu? Yang penting kena sentiasa menuntut ilmu bidang perniagaan. 

Jom... Selamat berniaga.. :)

(PS : bukan bertujuan untuk mengajar, cuma ingin memotivasikan orang Melayu supaya belajar berniaga. Juga, berkongsikan sedikit pengalaman yang tidak seberapa ini)

Tuesday, December 31, 2013

MILO OH MILO


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Rasanya sudah terlalu lama aku tak terbitkan entri berkaitan hobi mengumpul barangan MILO. Sekarang berbelanja kena berpada-pada. Membeli yang perlu saja. Kalau tak perlu sangat boleh fikir 2,3, kali sebelum membeli.

Baru-baru ni, aku dpat menambah 2 buah koleksi MILO. Barang yang pertama ialah cawan plastik MILO 3 in 1.



Cawan MILO ni aku beli melalui Facebook di Kumpulan Nescafe / Milo. Harganya pun bukannya mahal sangat, bolehlah kiranya aku ambil sebuah untuk memperbanyakkan koleksi MILO aku. Lagipun memang dah lama sangat aku tak membeli.

Sebuah lagi barangan MILO yang baru aku perolehi ialah botol air MILO. 


Botol air ni aku perolehi hasil daripada pembelian produk MILO NUGGETS. Sebenarnya agak lama juga aku mencarinya di pasaraya-pasaraya namun gagal menemuinya. Akhirnya, aku menemuinya di pasaraya Mydin. Apa lagi, pucuk dicita, ulam mendatang, terus saja aku membelinya. 

Ini saja cerita MILO aku pada kali ni. Tak taulah bila lagi nak cerita pasal MILO. Kalau ada membeli, adalah ceritanya. 

Sekian.. :)