Friday, October 4, 2013

BENGKEL SULAMAN MANIK DIRAJA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Alhamdulillah, semalam (3 Oktober 2013) aku, bos dan kakitangan-kakitangan muzium telah berjaya mengadakan sebuah program iaitu Bengkel Sulaman Manik DiRaja di Muzium Istana Kesultanan Melaka. 

Bengkel yang dijalankan selama 1 hari ni, nampaknya telah berjaya memupuk minat ibu-ibu dan para pelajar sekolah untuk belajar dan menambah ilmu pengetahuan dalam bidangan jahitan manik.

Rata-rata ramai yang sukakan bengkel sebegini dan ada yang mahukan ianya dibuat lagi. Sejurus aku menempelkan gambar bengkel ini di Facebook, ada yang bertanya, mengapa tak dijemput dia. Sememangnya ramai yang berminat dalam bengkel sebegini. Harapan, agar tahun depan ada lagi peruntukan yang disalurkan untuk membuat bengkel sebegini lagi.

Bengkel Sulaman Manik DiRaja

Baju kakak yang menjahit ni pun cantik..

Pandai budak sekolah ni menjahit..

Bekerjasama dan saling tolong menolong..

Masing-masing tekun.. Waktu makan tengah hari dah sampai pun masih nak menjahit lagi

Ketelitian diutamakan..

Nak juga! Erm...

Catch me if you can.. :)

Thursday, October 3, 2013

APABILA ANAK TIDAK MEMBERI BANTUAN KEPADA IBU BAPA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Baru-baru ni aku ada terbaca suatu kenyataan di Utusan Online yang tertulis :

"Mengikut kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) kira-kira 26 peratus atau 63,000 warga emas di negara ini tidak pernah diberi bantuan kewangan oleh anak mereka manakala 27 peratus lagi menerima sesekali dalam tempoh beberapa bulan sementara 36 peratus menerima bantuan setiap bulan"

Kalau beginilah statistiknya, memang agak mendukacitakan. Mengapa kita agak sukar sangat untuk membantu ibu bapa? Kalau dahulu, ibu bapa zaman dahulu kebanyakkannya mempunyai ramai anak, jangan kata 5,6 orang anak sahaja, bahkan ada sampai berbelas. Namun kesemua anak-anaknya dapat dibesarkan dengan sempurna.

Kini, kita yang mempunyai 2 orang ibu bapa pun agar sukar untuk menjaganya. Bukan ramai pun, seorang ibu dan seorang bapa. Adakah kita mahu menunggu sehingga kedua ibu bapa kita tiada baru nak menyesal kerana tidak banyak yang kita dapat membantu pada ibu bapa kita? Tepuk dada tanya selera.. 

Sebenarnya kita tidak akan jatuh miskin kalau membantu ibu bapa kita. Insha Allah, rezeki dari Allah sentiasa ada berkat kita membantu kedua ibu bapa. 


*****

Sekali teringat pada suatu dahulu, emak aku pembuat kuih, abah pula menjual kuih di depan kilang. Tiap-tiap hari memang banyak kuih-muih yang mak buat sehingga peralatan dan perkakasan yang sudah digunakan untuk membuat kuih penuh dalam satu bilik air tunggu dibasuh.

Dan itulah kerja aku setiap hari apabila balik ke sekolah, membasuh segala perkakasan dan peralatan membuat kuih. Tiap-tiap hari juga aku terima upah RM1.00 dari emak selepas siap membasuhnya. Walaupun dulu aku nak taknak saja membuatnya, tapi dah memang tugasan yang wajib aku lakukan setiap hari.

Amat nostalgia apabila mengingatnya semula... :'(