Tuesday, October 1, 2013

JOM KUMPUL KIT KAT


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Siapa yang biasa bertandang ke blog aku ni, pasti mengetaohui bahawa aku banyak mengumpul barangan MILO. Walaupun begitu, aku turut mengumpul beberapa barang lagi seperti cawan kertas, topi, kipas tangan dan sebagainya (Maaf, nak link pun tak dapat kerana banyak gambar sudah hilang).

Dalam diam tak diam, aku tak perasan sudah ada beberapa barangan Kit Kat telah berada di rumah aku. Aku pun duk perhatikan, Kit Kat juga merupakan antara yang banyak mengeluarkan free gift

Beg Kit Kat

Bekas plastik Kit Kat

Cawan Kit Kat

Dulang Kit Kt

Aku sarankan, kepada sesiapa yang nak mulakan hobi mengumpul, bolehlah mengumpul barangan Kit Kat. Memang ada saja barangan free gift dari produknya. Lagi pula, barangan Kit Kat taklah mahal sangat.

Jom mengumpul.. :)

Monday, September 30, 2013

KUTIP SAMPAH PUN BOLEH DAPAT DUIT


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Kita mesti pernah mendengar, "ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan pula kita manusia". Ha, biasa dengarkan? Sebenarnya aku ingin merungkai sedikit tentang hal orang kita yang kerap memilih pekerjaan sehingga tidak bekerja dan seolah-olah mahu menunggu kerja yang datang kepadanya.

Satu hari aku terlihat satu status di dalam Facebook di mana sebuah majikan melalui wakilnya mahu mengambil pekerja dengan bayaran gajinya sekian-sekian. Namun, ramai orang kita yang seakan-akan menolak pelawaan itu dengan menyatakan bayarannya murah, kerja berat, gajinya rendah dan bermacam-macam lagi. Pendek cerita, orang kita ni nak kerja ringan tapi bergaji mahal. 

Pernah satu hari aku berborak dengan seorang kenalan yang juga seorang pengumpul dan penjual barangan lama dan barangan yang boleh dikumpul (collectible item). Kami berborak mengenai sikap sesetengah remaja-remaja yang baru tamat persekolahan yang malas untuk mencari kerja. Masih bergantung pada ibu bapa dan amat memilih kerja. Sudah tu, bila tiada duit, asyik merungut tiada duit tetapi pada hakikatnya, dia malas mencari kerja.

Sebenarnya aku amat kagum dengan rakan aku tu. Bermula dari mencari barangan di dalam tong-tong sampah, kini telah berupaya untuk membuka kedai sendiri bagi menjual barang-barang yang boleh dikumpul (collectible item) atau lebih tepat aku gelarkan sebagai barangan hobi. Kalau dilihat di Facebooknya, boleh dikatakan setiap hari ada saja orang membeli barangan yang dijualnya. Sekiranya 1 hari boleh untung RM100.00, satu bulan sudah berapa boleh dapat? Kiralah sendiri.. Kerja pun enjoy saja. Kerja sendiri, sendiri bos sendiri kuli.

Sebenarnya aku memang menggalakkan sekiranya para remaja agak sukar mencari kerja, cubalah menceburi bidang ini. Tidak kisahlah kalau perlu bermula dari bawah walaupun terpaksa mengutip sampah (barang-barang kitar semula) untuk dijual. Yang penting, ada duit untuk berbelanja dan tidak menyusahkan ibu bapa.

Tak semua orang ditakdirkan untuk berjaya di dunia. Tak semua orang ditakdirkan untuk menjadi pegawai, ahli perniagaan atau lain-lain kerja yang mewah. Kalau sudah dapat pekerjaan yang sudah boleh menyara diri dan keluarga, itu sudah cukup baik. Namun, perlu juga terus berusaha untuk memajukan diri.  


Kagum dengan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang ada motivasi diri.. Rujukan gambar KLIK

Sunday, September 29, 2013

PENGAWAL KESELAMATAN POPULAR


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Inilah aku, cerita sudah basi, baru aku nak buat cerita. Hehehe.. Sebenarnya aku lebih kepada 'wait and see'. Aku biarkan sesuatu isu berkembang pesat, barulah aku mencelah untuk membuat kesimpulan. :)

Siapa tak kenal pakcik ni, tak taulah nak kata ape...



Lihat, betapa popularnya pakcik ni sekarang disebabkan kisah.., ahh, tak perlulah cerita, pasti semua sudah tahu.

Sebenarnya aku taknak cakap bahawa pakcik ni betul 100% atau isteri M** Y* tu salah 100% kerana kitapun tidak tahu menahu sebab musabab kisah yang sebenar-benarnya. Tahu-tahu kita disajikan dengan video berdurasi pendek, di mana isteri M** Y* sedang berlawan mulut dan memaki hamun pakcik tersebut.

Rata-rata kita menyokong pakcik tersebut apabila beliau dimaki hamun oleh seorang wanita. Berikutan usia pakcik tersebut agak berumur, justeru ramai warga kita yang amat tersinggung dengan perbuatan itu dan terus menghukum wanita tersebut sebagai seorang yang kurang ajar dan tidak hormat orang tua. 

Akibat daripada provokasi melampau dengan kata-kata kejian, dilihat pakcik tersebut hilang kawalan dan seakan-akan menyerang wanita tersebut. Namun dikhabarkan, pakcik tersebut yang kena tendang.

Beberapa hari yang lalu kedengaran pula berita saman-menyaman akan berlaku. Masing-masing membuat laporan polis untuk memanjangkan isu ini ke mahkamah. Terbaru, isteri M** Y* pula dikhabarkan telah membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia. Eh, tapi kenapa bukan pada pakcik tu erk?

Apa-apapun, apa yang dapat disimpulkan dan apa yang perlu kita pelajari ialah :

1. Perlu saling hormat-menghormati antara satu sama lain seperti pepatah Yang Tua Dihormati, Yang Muda Dikasihi.

2. Jangan membuat provokasi yang melampau, akibat nanti buruk padahnya. Kata-kata kejian dan makian perlulah kita hindarkan dari pertuturan kita.

3. Bersabar, bersabar dan bersabar. Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W tetap bersabar walaupun dilempar tahi dan batu oleh musuhnya. Kalau kita dapat mengikuti sifat sabar ini, sudah cukup baik.

4. Bermaaf-maafan antara satu sama lain dan jangan dipanjang lebarkan sesuatu perkara sehingga mendatang kebencian mana-mana pihak.

Sumber gambar : Google Image