Sunday, September 8, 2013

GO GREEN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Pentingnya kita umat manusia di dalam dunia yang fana ini untuk menjaga persekitaran kita supaya terhindar dari bahan buangan yang sukar terurai.

Jadinya, sama-samalah kita menyahut seruan untuk mengitar semula bahan-bahan buangan yang terdapat di rumah, pejabat, kilang ataupun mana-mana tempat kita berada.

Jom asingkan sampah.. :)


Kalau anda fikirkan ianya boleh membuat duit, jadi eloklah dijual di mana-mana pusat kitar semula. Sekiranya tidak, elok juga diasing-asingkan sampah mengikut kategori dan diletakkan di hadapan rumah supaya senang dikitar semula oleh pihak kontraktor pengutip sampah.

Nak seribu daya, taknak seribu dalih... Marilah kita ke arah GO GREEN.  

Saturday, September 7, 2013

MELAYANG RM100 MASYUK BERATUS-RATUS


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Baru saja aku buat entri pasal KENA KENCING dengan tukang servis penapis air, tak lama selepas itu datang pula seorang pelanggan yang baru dikenali oleh isteri aku untuk membeli tudung Chenta Creative Hijab.



Bermula dengan chatting di dalam laman Chenta Creative Hijab, akhirnya pelanggan itu datang bertandang ke rumah kami untuk melihat-lihat tudung Chenta Creative Hijab.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana pelanggan tersebut telah mengambil 12 helai tudung Chenta Creative Hijab. Banyakkan dia ambil? Sebenarnya pelanggan tersebut dalam usaha untuk membuka butik, jadi tudung Chenta Creative Hijab adalah sebahagian produk yang akan dijualnya.

Itulah... Allah memberi kita ujian dengan mengambil RM100 dari kita, tub.. tub.. tak sampai beberapa jam, diberi pula kita rezeki yang berlipat kali ganda. Syukur Alhamdulillah.   

JOM LIKE :)


TERIMA KASIH

ADUH.. KENA KENCING HARI NI!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Di rumah aku ni memang ada menggunakan penapis air Elken. Sudah 2 tahun aku menggunakannya. Dalam 2 tahun ni, baru satu kali orang Elken datang untuk servis penapis air tersebut.




Pagi tadi apabila aku baru pulang dari rumah mak aku, isteri aku beritahu bahawa orang Elken ada telefon nak datang untuk servis penapis air. Aku pun berfikir juga, rasanya baru-baru juga servis, tapi kenapa nak servis lagi. Erm.. Aku pun tak kisah sangat.

Dalam tengah hari orang Elken yang nak servis penapis air aku pun datang. Masa tu aku baru lepas mandi. Kemudian, dia pun mulalah servis penapis air aku tu. Tukar ini, tukar itu. Aku pun ok saja. Bayaran yang dikenakan untuk menukar 2 biji penapis ialah RM 100.00. Aku pun bayar tanpa banyak tanya.

Masa nak balik, aku pun hantarlah dia sampai ke muka pintu. Pelik pula aku bila lihat dia parkir agak jauh dan keretanya tiada logo Elken. Seingat aku, Elken hanya membenarkan tukang servis mereka sendiri dan mempunyai kenderaan mempunyai logo Elken sahaja. Dalam hati aku dah rasa lain macam.

Aku lihat bil yang diberikan, memang bukan dari Elken sebaliknya dari syarikat lain. Kemudian aku lihat semula penapis yang ditukar, erm... betullah kena kencing. Lain capnya. Bukan cap Elken seperti biasa.

Isteri akupun menelefon pihak Elken, dan ternyata itu bukanlah orang dari Elken. Erm.. Nasib baiklah RM 100.00 saja yang kena. Itupun mula-mula dia suruh tukar penapis utama berharga RM 300.00 ++, nasib baiklah aku tak tukar. Kalau tukar juga, sudah semestinya penapis 'cap ayam' yang dia beri.

Persoalannya sekarang, siapa yang membocorkan maklumat? Bagaimana orang tu boleh tahu nombor telefon isteri aku dan bagaimana dia boleh tahu rumah aku menggunakan penapis air Elken? Nampak sangat penglibatan orang dalam. Orang dalam yang menjual maklumat kepada tauke-tauke yang menjual penapis 'cap ayam' untuk keuntungan sendiri. Huh, memang %&$### lah!!

Dulupun hampir kena kencing, boleh lihat di >> SINI <<