Wednesday, September 4, 2013

MILO : OLD IS GOLD


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Barang lama memang berharga, begitulah juga dengan tin MILO lama di era 70-an yang baru aku dapat ni. Kondisinya yang berkarat menunjukkan usianya yang lebih 40 tahun iaitu lebih tua daripada usia aku.

Aku dapatkannya di pasar karat di Jonker Street, Melaka. Pada mulanya niat di hati hanya datang untuk melihat-lihat sahaja, namun apabila ternampak tin MILO ini, hati terus terpahat. Terus jatuh cinta. Bak kata orang, dari mata turun ke hati. :)

Aku membelinya dengan harga yang agak tinggi juga. Namun kalau diikutkan dengan harga pasaran semasa, ia sepatutnya lebih tinggi lagi. Boleh Google atau lihat di Mudah[dot]My, berapa harga orang lain jual. Bagi aku, dapat barangan ini dengan harga yang aku beli, memang agak berbaloi. 


MILO Tonic Food Drink

perkataan Star Hunt di dalam ruang berwarna merah

Buatan tangan Malaysia

Berkarat... Old is Gold :)

Tuesday, September 3, 2013

MILO THAILAND LE PULAK...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Sebelum ini aku telah dapat mengumpul barangan MILO dari Jepun, Singapura dan United Kingdom, kini aku telah berjaya mendapatkan barangan MILO dari Siam A.K.A Thailand. 

Barangnya merupakan 3 buah beg yang mempunyai gambar gajah yang sedang melakukan aksi beberapa acara sukan. Harganya pula tidaklah mahal manapun, murah-murah saja.

Malas nak cakap banyak, layan saja gambarnya...


Gajah dengan suka angkat berat

Gajah dengan suka bola sepak

Gajah dengan sukan tinju

Monday, September 2, 2013

LAA.... WHATSAPP NAK KENA BAYAR RUPANYA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Mungkin aku agak ketinggalan sebab dulu aku pakai telefon cap ayam saja.  Baru empat, lima bulan rasanya aku memakai telefon yang mempunyai teknologi Android. 



Perkenalan aku kepada penggunaan WhatsApp juga boleh dikatakan masih baru. Seronok memakainya. Mana tidaknya, barang percuma. Kalau orang takde kredit janji ada line internet, bolehlah menggunakan WhatsApp untuk menghantar mesej, gambar, mesej bersuara dan sebagainya.

Tadi, semasa aku meneliti bagaimana nak tukar gambar profil WhatsApp, ternampaklah satu link akaun. Klik saja pada link tersebut, ia memberitahu bahawa akaun WhatsApp aku akan tamat tempoh pada 6 May 2014. 

Selepas tarikh tersebut sekiranya nak teruskan WhatsApp pengguna perlu membayar $0.99 sen setahun. Boleh juga terus membayar untuk 3 tahun sebanyak $2.67 atau 5 tahun sebanyak $3.71.

Dulu terfikir juga, bagaimanalah mereka yang membangunkan aplikasi ni boleh 'hidup' tanpa ada bayaran atau iklan. Rupa-rupanya mereka beri 'salam perkenalan' saja dulu. Akhirnya dikenakan bayaran. Namun, bagi aku bayaran yang akan dikenakan agak rendah dan amat berbaloi. 

Huh.. Aku rasa entri yang aku buat ni pun agak terlewat, orang lain dah lama tahu rasanya. Betullah tertinggal bas aku ni.. :)